Skip to main content

Sukan

SUKAN SEA 2025: Perenang SG Chantal Liew menang perak bagi acara renang air terbuka 10km wanita

Atlet Singapura Chantal Liew pada Khamis (18 Dis) menang pingat perak dalam acara renang air terbuka 10 kilometer wanita di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA).
Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN SEA 2025: Perenang SG Chantal Liew menang perak bagi acara renang air terbuka 10km wanita
Atlet Singapura Chantal Liew sebelum acara renang air terbuka 10km wanita. (Gambar: SportSG/Chanainut Thongratanachat)
BANGKOK: Atlet Singapura Chantal Liew pada Khamis (18 Dis) menang pingat perak dalam acara renang air terbuka 10 kilometer wanita di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA).

Di Pantai Pinnacle Grand Jomtien di Chonburi, Liew mencatatkan masa 2:06:35, hanya lima saat di belakang perenang Thailand, Kamonchanok Kwanmuang (2:06:30).

Rakan sepasukannya, Kate Ona, menamatkan perlumbaan di tempat keempat (2:15.08).

Dalam acara 10km lelaki, perenang Singapura Artyom Lukasevits membawa pulang pingat gangsa.

Liew merupakan wanita Singapura pertama yang memenangi pingat dalam acara renang air terbuka apabila beliau meraih pingat perak di Sukan SEA 2017.

Beliau pada mulanya memenangi pingat gangsa, namun ia dinaik taraf kepada perak selepas atlet Thailand yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua gagal ujian doping dan dilucutkan pingatnya.

Liew kemudian menjadi perenang air terbuka Olimpik pertama Singapura, menamatkan saingan di tempat ke-23 pada Sukan Olimpik Tokyo.

Awal tahun ini, beliau menyertai acara 10km di Kejohanan Akuatik Dunia, dan muncul sebagai perenang terbaik Asia Tenggara dalam perlumbaan wanita.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita