SUKAN SEA 2025: Pemain sofbol lelaki SG raih pingat perak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura meraih pingat perak dalam acara sofbol di Sukan SEA pada Khamis (18 Dis) selepas pasukan lelaki gagal mengulangi kejayaan kempen 2019 mereka.
Sofbol terakhir dipertandingkan di Sukan SEA enam tahun yang lalu, dan dalam ulangan pusingan akhir tersebut, Singapura sekali lagi bertemu Filipina dalam perlawanan akhir pada Khamis.
Kedua-dua pasukan bukan asing antara satu sama lain, setelah bertemu dalam perlawanan terakhir pusingan awal, yang dimenangi oleh Singapura 7-3.
Namun Filipina terlalu kuat pada kali ini, menang dengan keputusan 3-0.
Pasukan sofbol wanita Singapura berpeluang untuk melakukan lebih baik daripada rakan lelaki mereka apabila bertanding menentang Filipina buat pingat emas pada Jumaat.
Mereka menewaskan tuan rumah Thailand 10-3 lebih awal pada Khamis untuk memastikan sekurang-kurangnya pingat perak, menyamai pencapaian terbaik pasukan dari Sukan 2007.
Dalam satu catatan di Facebook, Persatuan Baseball dan Sofbol Singapura memuji pasukan wanita kerana menamatkan perlawanan "dengan gaya" dan menggesa pasukan ituuntuk "membawa pulang biskut emas".
Saksikan Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 secara langsung di mewatch. Daftar masuk secara percuma di www.mewatch.sg/thailand2025 untuk mengikuti semua aksi, dan ikuti Mediacorp Sports di TikTok, Instagram dan Facebook untuk lebih banyak kemas kini sukan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.