SUKAN SEA 2025: Pasukan Singa Muda, badminton catat prestasi lemah; perlu kaji semula sikap, ekosistem
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pasukan bola sepak dan badminton Singapura menunjukkan prestasi lemah di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-33, kata pegawai Team Singapore pada sidang media pada Sabtu (20 Dis).
"Bagi bola sepak, saya hanya akan katakan bahawa prestasinya lemah," kata ketua Institut Sukan Prestasi Tinggi Su Chun Wei.
Pasukan Singa Muda kalah dalam kedua-dua perlawanannya dan tersingkir di peringkat kumpulan Sukan SEA untuk kali keenam berturut-turut.
Walaupun setiausaha agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Mark Chay berkata ia tidak menyesali keputusan untuk menghantar pasukan itu ke Sukan SEA, beliau menambah bahawa Singa Muda "diatasi dari segi kekuatan fizikal, kelajuan dan ketahanan" ketika kalah 1-3 kepada Timor-Leste.
Encik Chay menambah bahawa sikap pasukan itu juga merupakan satu perkara yang perlu dinilai oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
"Atlet-atlet itu terus keluar padang, tidak memberi penghargaan kepada penyokong," katanya.
"Saya faham kekecewaan (mereka), tetapi mereka perlu benar-benar mempamerkan semangat kesukanan, benar-benar menunjukkan sikap dan rasa hormat kepada sukan, serta penyokong yang pergi ke sana untuk menyokong mereka."
Awal tahun ini, pasukan Singa Muda dikeluarkan daripada senarai sukan yang akan bertanding di Sukan SEA. Namun rayuan pasukan tersebut diuluskan.
Pasukan itu bermain dua perlawanan persahabatan tertutup, dan meraih satu kemenangan serta satu seri, untuk membuktikan penyertaan mereka.

"Kami memberi pasukan bola sepak peluang, ia bukan seperti yang diharapkan, ini adalah fakta," kata Dr Su.
"Kriterianya adalah untuk menunjukkan preastasi yang konsisten dalam setiap edisi, (pihak berkuasa) menggunakannya secara konsisten.
"Jika mereka layak, mereka akan berada di sana, jika tidak, maka mereka tidak akan menyertai.
"Perkara yang sama berlaku untuk semua sukan dan atlet lain."
Bagi Sukan SEA, atlet harus mendapatkan sekurang-kurangnya tempat ketiga pada edisi terakhir acara tersebut. Bagi sukan berpasukan, mereka harus berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara-negara Sukan SEA.
Atlet atau pasukan yang tidak mencapai standard kelayakan, tetapi menunjukkan potensi untuk menyamai atau berpotensi mencapai standard lebih baik menjelang Sukan tersebut, juga boleh dipilih.
Dr Su berkata prestasi pasukan Singa Muda menekankan pentingnya projek kebangsaan "Unleash the Roar" (UTR).
"Kita tahu bahawa bola sepak tidak menunjukkan prestasi yang baik, dan sebab itulah kita mempunyai UTR dan kita perlu bersabar," tambahnya.
PRESTASI BADMINTON 'TIDAK MENEPATI PIAWAIAN'
Prestasi pasukan badminton Singapura "tidak menepati piawaian", memandangkan tiada atlet yang mara ke separuh akhir kejohanan.
"Kami kecewa dengan keputusannya, ia tidak memenuhi jangkaan kami," kata ketua Persatuan Badminton Singapura (SBA) Lawrence Leow, yang juga ketua kontinjen Singapura bagi Sukan SEA.
SBA juga menetapkan sasaran untuk memenangi empat pingat sebelum Sukan SEA ke-33.
Encik Leow menambah bahawa pilihan utama kategori perseorangan lelaki Loh Kean Yew "tidak menunjukkan pretasi yang diharapkan", dengan prestasi pemain pilihan ketiga Jason Teh juga "sangat mengecewakan".
Loh tersingkir di peringkat suku akhir manakala Teh pula gagal mara pada pusingan sebelumnya.
Walaupun dipilih menjadi pembawa bendera Singapura, pemain kategori perseorangan wanita Yeo Jia Min tidak menyertai acara berpasukan dan perseorangan kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.
Encik Leow menambah bahawa SBA sudah memulakan penilaian terhadap keputusan tersebut.
"Ia bukan hanya tentang prestasi di gelanggang. Kita perlu melihat ekosistem keseluruhan, cara kita melihat individu dengan bakat dan semua itu," tambahnya.
Singapura menamatkan kempen Sukan SEA dengan 52 emas, 61 perak dan 89 gangsa, iaitu di tangga kelima dalam kedudukan senarai pingat keseluruhan.
Sebanyak 12 rekod Sukan SEA, 11 rekod negara dan 29 rekod peribadi terbaik juga dicatat semasa edisi kali ini.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.