SUKAN SEA 2025: Pasukan polo air lelaki SG berjaya pertahan gelaran juara selepas kalahkan Indonesia
Pasukan polo air lelaki Singapura sekali lagi muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas mengalahkan Indonesia 19-16 dalam perlawanan akhir 'round robin' pada Jumaat (19 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pasukan polo air lelaki Singapura sekali lagi muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas mengalahkan Indonesia 19-16 dalam perlawanan akhir 'round robin' pada Jumaat (19 Dis).
Kemenangan di Pusat Sukan Air Thammasat itu bermakna pasukan itu berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada Sukan SEA 2023.
Kedua-dua pasukan bersaing dalam perlawanan itu tanpa sebarang kekalahan, setelah menang ke atas Malaysia, Filipina dan Thailand.
Namun Singapura, pasukan dengan bilangan besar pemain baharu, mendahului dengan perbezaan gol yang lebih baik.
Semasa perlawanan, tiada pihak yang mendahului dengan lebih daripada satu gol sehingga detik terakhir apabila Dominic Chan meletakkan Singapura 8-6 di hadapan Indonesia menjelang waktu rehat.
Namun Indonesia bangkit, dengan Ahmad Fauzy Mappatabe menyamakan kedudukan 11-11 pada lewat suku kedua.
Dalam suku ketiga, Singapura kembali menguasai permainan dan mendahului secara tipis dengan markah 14-13. Mereka kemudian kekal tenang untuk terus melebarkan jurang sebelum menjamin kemenangan tersebut.
Rekod kemenangan 54 tahun pasukan itu pada temasya berkenaan terhenti pada 2019 dan sukan itu tidak dipertandingkan pada edisi berikutnya.
Sebelum itu, Singapura merupakan juara Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) selama 27 edisi berturut-turut.
Pada Julai, pasukan tersebut membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura, menamatkan saingan di tangga ke-15 daripada 16 pasukan.
Pendedahan di pentas besar terbukti bermanfaat.
Dua bulan kemudian, pasukan itu menduduki tempat kelima di Kejohanan Akuatik Asia di India.
Pasukan polo air wanita Singapura juga masih berusaha bagi merebut pingat emas. Mereka akan menentang juara bertahan Thailand pada Jumaat dalam perlawanan yang akan menentukan pemenangnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.