SUKAN SEA 2025: Pasukan bola sepak SG kalah 3-1 di tangan Timor-Leste
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pasukan bola sepak Singapura di ambang tersingkir daripada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) selepas kalah 1-3 di tangan Timor-Leste pada Sabtu (6 Dis).
Jaringan dua gol Vabio Canavaro pada separuh masa pertama dan jaringan Anizo Correia menewaskan pasukan negara pimpinan Firdaus Kassim, yang mendahului permainan menerusi jaringan Amir Syafiz.
Untuk berpeluang mara ke separuh akhir, Singapura perlu mengalahkan pasukan tuan rumah Thailand dengan kemenangan besar pada 11 Disember.
Thailand membelasah Timor-Leste 6-1 dalam perlawanan pembukaan mereka pada Rabu (3 Dis).
Ketiga-tiga negara telah diundi dalam Kumpulan A menyusuli penarikan diri Kemboja daripada kejohanan bola sepak lelaki bagi temasya sukan tersebut.
Pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura telah memperlihatkan prestasi yang buruk di Sukan SEA dalam edisi-edisi yang lalu.
Pasukan negara kali terakhir layak ke separuh akhir pada tahun 2013. Sejak itu, mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan dalam lima Sukan SEA seterusnya.
Saksikan siaran langsung Sukan SEA Thailand ke-33 di mewatch. Daftar masuk secara percuma di www.mewatch.sg/thailand2025 untuk menonton semua aksi Sukan SEA dan ikuti TikTok, Instagram dan Facebook Mediacorp Sports untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini!

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.