SUKAN SEA 2025: Pasukan badminton wanita raih pingat pertama SG meski tumpas 3-0 kepada Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
BANGKOK: Pasukan badminton wanita Singapura kalah 3-0 kepada juara bertahan Thailand pada Isnin (8 Dis) untuk meraih pingat gangsa.
Ini pingat pertama Singapura pada Sukan SEA ke-33 - tanpa perlawanan penentuan tempat ketiga-keempat dalam acara berpasukan.
Pada Sukan SEA Kemboja 2023, pasukan Thailand juga menentang Singapura di separuh akhir dan menang 3-1.
Singapura kemudian meraih tiga pingat gangsa, dalam acara berpasukan lelaki dan wanita serta regu lelaki.
Pasukan wanita sekali lagi bermain tanpa pemain perseorangan wanita terbaiknya, Yeo Jia Min, yang juga tidak beraksi dalam kemenangan 3-0 Singapura ke atas Filipina sehari sebelumnya.
Jurulatih perseorangan negara, Kim Ji-Hyun, berkata pada Isnin bahawa Yeo, 26 tahun, direhatkan bagi memberi peluang kepada pemain muda untuk bertanding.
Beliau menambah bahawa pemain nombor 18 dunia itu akan bertanding dalam acara individu.

Di Gimnasium Universiti Thammasat 4 di Pathum Thani, pemain nombor 146 dunia, Nur Insyirah Khan, mempamerkan aksi yang baik tetapi tumpas 21-14, 21-15 kepada pemain nombor 6 dunia, Pornpawee Chochuwong dalam masa 45 minit.
Dalam acara beregu pertama, Benyapa Aimsaard dan Supissara Paewsampran dari Thailand berjaya mengalahkan Jin Yu Jia dan Li Zheng Yan 21-6, 21-10 untuk melebarkan kelebihan Thailand.
Pemain nombor 8 dunia yang berpengalaman, Ratchanok Intanon kemudian menumpaskan pemain muda Singapura, Megan Lee, 21-8, 21-10 untuk menempah tempat tuan rumah di perlawanan akhir.
"Saya sangat kagum dengan tenaga para pemain muda kami, mereka berjuang dengan gigih," kata Kim. "Mereka memberikan segala-galanya, walaupun terdapat jurang yang besar (dari segi tahap)."

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasukan wanita Thailand tidak pernah ditumbangkan dari Sukan SEA sejak 2011.
"Kami memerlukan masa (untuk mencapai tahap mereka). Kami tidak boleh menjadi juara dalam sehari," kata Encik Kim. "Kami perlu bersabar (dengan) pemain, (agar mereka) bekerja keras."
Tonton Sukan SEA Thailand 2025 ke-33 secara langsung di mewatch. Daftar masuk secara percuma di www.mewatch.sg/thailand2025 untuk menonton semua aksi, dan ikuti TikTok, Instagram dan Facebook Mediacorp Sports untuk lebih banyak perkembangan terkini sukan!

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.