SUKAN SEA 2025: Pasangan atlet Taekwondo rangkul pingat emas pertama SG
- Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi dan Nicholas Khaw merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA Bangkok 2025 pada Rabu (10 Dis).
- Pasangan atlit itu mengalahkan pesaing daripada Vietnam dalam pusingan akhir acara poomsae berpasangan campuran, selepas mengatasi Laos dan Filipina dalam pusingan sebelumnya.
- Nicole Alethea Khaw membawa pulang pingat perak pertama Singapura selepas mendapat tempat kedua dalam pusingan akhir acara poomsae perseorangan bebas dengan 7.180 mata.
- Pasukan badminton lelaki dan wanita juga meraih pingat gangsa selepas masing-masing dikalahkan oleh pasukan Indonesia dan Thailand.
BANGKOK: Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi dan Nicholas Khaw merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA Bangkok 2025 pada Rabu (10 Dis).
Pasangan atlit itu mengalahkan pesaing daripada Vietnam dalam pusingan akhir acara poomsae berpasangan campuran, selepas mengatasi Laos dan Filipina dalam pusingan sebelumnya.
Ini merupakan pingat kelima yang dirangkul Singapura dalam Sukan SEA ke-33.
Sebelum ini, Nicole Alethea Khaw membawa pulang pingat perak pertama Singapura selepas mendapat tempat kedua dalam pusingan akhir acara poomsae perseorangan bebas dengan 7.180 mata.
Rakan senegaranya Darren Yap merangkul pingat gangsa bersama dengan 7.660 mata dalam acara lelaki.
Pasukan badminton lelaki dan wanita juga meraih pingat gangsa selepas masing-masing dikalahkan oleh pasukan Indonesia dan Thailand.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.