SUKAN SEA 2025: Papan luncur kabel kembali dipertandingkan, atlet SG buru pingat emas
Selepas enam tahun, sukan papan luncur kabel (cable wakeboarding) kembali diadakan di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Disember ini, dan enam atlet Singapura kini menyasarkan pingat di Thailand.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas enam tahun, sukan papan luncur kabel (cable wakeboarding) kembali diadakan di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Disember ini, dan enam atlet Singapura kini menyasarkan pingat di Thailand.
Pasukan tersebut menjalani latihan di Singapore Wake Park di East Coast setiap minggu.
Antara mereka ialah Chia Teck Ian, 20 tahun, yang mula melibatkan diri secara konsisten dalam sukan papan luncur kabel kira-kira empat tahun lalu.
Ini merupakan penampilan sulungnya dalam Sukan SEA, dan mengimbangi latihan dengan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Beliau memastikan agar beliau dapat berlatih setiap kali keluar dari kem.
Walaupun berasa gementar untuk berdepan dengan para atlet papan luncur terbaik dari Thailand dan Filipina, Chia berkata beliau bersyukur atas peluang untuk mewakili Singapura dan berharap dapat menggalakkan orang lain untuk mencuba sukan yang disifatkannya sebagai “sukan tukikan” itu.
“Selagi saya dapat beraksi sebaik mungkin, saya sudah cukup berpuas hati
kerana segala latihan saya tidak sia-sia,” kata beliau.
“Sudah tentu, kami juga bersikap kompetitif, jadi kami menyasarkan pingat emas.”
Seorang lagi anggota pasukan tersebut, Tara Lim, 16 tahun, berkata sokongan daripada jurulatih, keluarga dan rakan-rakan amat penting untuk membantu mereka membina keyakinan diri.
“Kalau kami takut nak buat sesuatu aksi, atau penat untuk berlatih, merekalah yang mendorong kami dan kata, ‘ya, anda boleh melakukannya’,” kata beliau.
Nurul Farhan Misran, 34 tahun, dan Clarence Aloysious Batchelor, 20 tahun — kedua-duanya pernah bertanding di Sukan SEA 2019 — serta pendatang baharu Isabella Tan, 17 tahun, dan Tyan Foong, 16 tahun, melengkapkan senarai enam atlet pasukan itu.
Jurulatih mereka, Yunos Yusop, berkata kesemua enam atlet itu dipilih berdasarkan prestasi mereka semasa latihan.
“Apabila saya melihat mereka berlatih dan memberi yang terbaik dalam setiap pertandingan … saya (menyasarkan) kedudukan tiga terbaik di Sukan SEA, tapi kami tetap memburu pingat emas. Kami akan meberikan persaingan sengit kepada pasukan tuan rumah, Thailand, dan Filipina,” kata beliau.
APA YANG DICARI PARA PENGADIL
Papan luncur kabel mula diperkenalkan di Sukan SEA pada 2019, dengan acara individu lelaki dan wanita. Tahun ini, ia akan dipertandingkan dalam format berpasukan, dengan setiap negara menghantar tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.
Akan ada sekurang-kurangnya dua pusingan - pusingan kelayakan dan pusingan akhir. Setiap peserta akan melakukan dua pusingan bagi setiap peringkat.
Mereka perlu memberi tumpuan kepada dua aspek utama — iaitu 'features' serta 'air tricks'. Ia bukan sekadar melakukan aksi paling sukar, tetapi juga tentang melakukannya dengan bergaya, ketepatan dan keyakinan dari mula hingga akhir.
Aksi-aksi tersebut akan dinilai mengikut dua kategori — prestasi teknikal dan prestasi keseluruhan.
Prestasi teknikal
Para pengadil akan menilai apa yang dilakukan oleh seseorang atlet — tahap kesukaran dan kepelbagaian aksi dalam persembahan mereka.
Ini termasuk urutan pergerakan yang lancar dan kreatif, dengan gabungan pelbagai aksi seperti pusingan, putaran, pertukaran posisi kaki atau pertukaran tangan pada pemegang. Lebih pelbagai dan tersusun rutin mereka, maka lebih tinggi markah yang akan diberikan.
Prestasi keseluruhan
Para pengadil akan menilai cara atlet meluncur, dengan memberi tumpuan kepada kawalan, keseimbangan dan gaya tersendiri mereka.
Perincian lain yang turut diambil kira — daripada posisi badan ketika meluncur hinggalah kelancaran peralihan antara satu aksi ke aksi berikutnya.
Pasukan papan luncur Singapura akan beraksi di Bangkok dari 10 hingga 16 Disember.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.