SUKAN SEA 2025: Letitia Sim pecah rekod sekali lagi; perenang SG menang lagi 3 pingat emas
Para perenang Singapura meraih tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada Khamis (11 Dis) - pada hari kedua acara renang di Sukan SEA ke-33.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para perenang Singapura meraih tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada Khamis (11 Dis) - pada hari kedua acara renang di Sukan SEA ke-33.
Letitia Sim dan Mikkel Lee masing-masing mengulangi kejayaan mereka meraih pingat emas dalam acara masing-masing seperti sehari sebelumnya.
Pada masa yang sama, Gan Ching Hwee turut berjaya merangkul pingat emas.
Sim mencipta rekod baharu Sukan SEA dan rekod negara dalam acara 200 meter individu rampaian dengan catatan masa 2:13.42.
Ia merupakan pingat emas keduanya dalam temasya kali ini.
Semalam, Sim menjuarai acara 50 meter kuak dada wanita dan memecahkan rekod Sukan SEA.
Quah Jing Wen yang menang pingat gangsa dalam edisi Sukan SEA pada 2023, menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan masa 2:17.42.
Dalam pusingan akhir 50 meter gaya bebas lelaki, Lee merangkul pingat emas keduanya dengan catatan masa 21.92 saat, yang merupakan satu rekod peribadi baginya.
Teong Tzen Wei pula meraih pingat perak untuk Singapura dengan catatan masa 22.42 saat.

Gan merangkul pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas wanita serta mencatatkan rekod peribadi baharu dengan masa 2:00.02.
Quah Jing Wen menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan masa 2:04.29.
Quah Zheng Wen pula meraih perak dalam pusingan akhir 50 meter kuak lentang lelaki dengan catatan masa 25.43s.
Atlet berusia 17 tahun, Tedd Windsor III Heng, yang membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA, menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan rekod peribadi 25.56 saat.
Dalam pusingan akhir 100 meter kuak dada lelaki, Chan Chun Ho, 21 tahun, yang turut membuat penampilan sulung di Sukan SEA, meraih pingat perak dengan catatan masa 1:01.72.
Maximillian Ang pula memenangi pingat gangsa (1:02.35), menyamai pencapaiannya dalam acara yang sama pada 2023.
Pasukan lelaki Singapura meraih pingat gangsa dalam acara 4x200 meter gaya bebas, di belakang Vietnam dan Malaysia.
Pasukan tersebut terdiri daripada Glen Lim, Ardi Azman, Jonathan Tan dan Quah Zheng Wen dan mencatat masa 7:21.13.
Levenia Sim menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dalam pusingan akhir 50 meter kuak lentang wanita dengan catatan masa 29.86s.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.