Sukan SEA 2023: Silat sumbang 2 perak, 1 gangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin (Gambar: Facebook/Team Singapore)
PHNOM PENH: Tiga pesilat Singapura telah menyumbang dua pingat perak dan satu gangsa menerusi acara tanding lelaki dan wanita di Sukan SEA Kemboja pada Rabu (10 Mei).
Dalam perlawanan akhir Kategori A, pesilat negara Nadhrah Sahrin kalah di tangan peserta Malaysia, setelah disingkirkan kerana melakukan pelanggaran berat peraturan pertandingan.
"Saya terima segala keputusan yang diperoleh hari ini. Saya mengambilnya sebagai pengajaran untuk Sukan SEA dua tahun akan datang," kata Nadhrah, 19 tahun, yang diperkenalkan ke pentas Sukan SEA tahun ini.
Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin pula gagal mengalahkan pesaingnya dari Vietnam dengan kiraan mata, sekali gus meraih pingat perak.
Dalam satu lagi acara, Dhani Andika Razali raih gangsa apabila kalah di tangan pesilat Indonesia di peringkat separuh akhir pagi tadi.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/MU/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.