Sukan SEA 2023: Penantian 40 tahun SG berakhir selepas Soh Rui Yong raih pingat perak larian 10,000m
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
PHNOM PENH: Pelari Soh Rui Yong merangkul pingat perak bagi acara larian 10,000 meter (m) Sukan Asia Tenggara (SEA) di Stadium Negara Morodok Techo pada Khamis (11 Mei).
Warga Singapura itu menamatkan lariannya dalam masa 31:10.70, di belakang atlit Indonesia Rikki Marthin Luther Simbolon (31:08.85), yang memenangi pingat emas bagi acara tersebut.
Sementara menunggu pengesahan rasmi, Soh dipercayai telah memecahkan rekod nasionalnya sendiri bagi acara berkenaan (31:12.05).
Kali terakhir Singapura meraih pingat dalam acara larian 10,000m lelaki adalah menerusi Jagtar Singh, yang merangkul pingat gangsa di Sukan SEA 1983.
Ini merupakan acara kedua bagi Soh di edisi Sukan SEA kali ini.
Pada awal minggu ini, beliau kembali beraksi dalam Sukan SEA dengan menduduki tempat keempat bagi larian 5,000m lelaki.
Acara tersebut dimenangi oleh pelari dari Thailand, Kieran Tuntivate, dengan catatan masa 14:34.77, sementara atlit dari Filipina, Sonny Montenegro Wagdos membawa pulang pingat perak dengan catatan masa 14:36.45. Tempat ketiga pula disandang pelari dari Indonesia Robi Syianturi dengan catatan masa 14:43.4.
Soh mencatat masa 14:48.4 sementara rakan senegaranya, Jeevaneesh Soundararajah menamatkan larian tersebut di tempat ke-15 dengan catatan masa 15:51.6.
Singapura meraih dua pingat emas menerusi atletik di Sukan SEA ke-32 setakat ini, dengan kedua-dua pelari pecut Shanti Pereira (acara 200m wanita) dan Ang Chen Xiang (acara lompat pagar 110m lelaki) menyumbang pingat tersebut melalui acara masing-masing.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.