Sukan SEA 2023: Pasukan wanita SG rangkul emas ke-7 sukan lawan pedang
Anggaran Waktu Membaca:

(Dari kiri) Elle Koh, Kiria Tikanah, Rebecca Ong dan Filzah Hidayah Nor Anuar. (Gambar: SNOC/Bryan Foo)
SINGAPURA: Pasukan epee wanita Singapura menambah satu lagi pingat emas kepada pungutan pingat negara daripada sukan lawan pedang di Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada Selasa (16 Mei) selepas ia berjaya menumpaskan Filipina 45-37 bagi mempertahankan takhtanya.
Pasukan negara terdiri daripada Elle Koh, Filzah Hidayah Nor Anuar, Kiria Tikanah dan Rebecca Ong.
Pingat emas itu adalah yang ketujuh bagi para atlit sukan lawan pedang Singapura di temasya sukan tersebut tahun ini, sekali gus bermakna mereka kini telah melepasi pungutan terbaik sebelum ini iaitu enam pingat emas yang dicatatkan di Hanoi pada tahun lalu.
Koh juga memenangi pingat emas epee perseorangan pada Sabtu lalu manakala Kiria berkongsi pingat gangsa dalam acara tersebut.
Singapura berpeluang memenangi satu lagi pingat emas melalui sukan lawan pedang lewat hari ini sedang Lionel Wee, Max Neo, Samuel Robson dan Zephaniah Kiew berdepan pasukan Vietnam di peringkat akhir acara berpasukan untuk acara foil.
Saksikan Sukan SEA ke-32 Kemboja 2023 secara langsung di tiga saluran yang dikhususkan di mewatch. Daftar masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames bagi menyaksikan semua acara secara percuma, atau saksikan sorotan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.