Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2023: Pasukan tenis meja SG kalahkan M'sia 3-1; bawa pulang pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Pasukan tenis meja SG kalahkan M'sia 3-1; bawa pulang pingat emas

Atlit Singapura Koen Pang (kiri) dan Izaac Quek (kanan) beraksi di Sukan SEA di Kemboja. (Gambar fail: Dawn Chua/SportSG)

SINGAPURA: Pemain tenis meja Singapura, Koen Pang dan Izaac Quek, muncul sebagai pemenang acara beregu tenis meja Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 pada Ahad (14 Mei). 

Mereka menumpaskan pasukan Malaysia, Javen Choong dan Wong Qi Shen, 3-1 di Stadium Nasional Morodok Techo untuk membolot pingat emas kedua Singapura dalam sukan tenis meja di Kemboja. 

Walaupun Singapura mendahului set pertama 11-3, pasukan Malaysia  menang 11-8 dalam set kedua untuk menyamakan kedudukan.

Pang dan Quek bagaimanapun kembali mendahului permainan dengan memenangi set ketiga 11-8 dan menumpaskan pasukan Malaysia 11-3 dalam set keempat. 

Awal hari ini, pasukan tenis meja Singapura meraih dua pingat perak. 

Di peringkat akhir acara beregu campuran, Clarence Chew dan Zeng Jian tewas 3-1 kepada pasukan Vietnam, Mai Ngoc Tran dan Anh Hoang Dinh. 

Dalam perlawanan akhir acara beregu wanita pula, pasukan Singapura, Zhou Jingyi dan Wong Xin Ru kalah 0-3 di tangan Orawan Paranang dan Suthasini Sawettabut dari Thailand. 

Singapura meraih pingat emas pertama Sukan SEA kali ini pada Khamis (11 Mei) setelah menewaskan Malaysia 3-0 dalam acara berpasukan lelaki untuk merampas kembali takhta yang dimenangi di Singapura pada Sukan SEA 2015.

Di Sukan SEA sebelum ini, Singapura menggondol dua pingat emas dalam acara tenis meja - beregu lelaki (Clarence Chew dan Ethan Poh) dan beregu campuran (Koen Pang dan Wong Xin Ru). 

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA Kemboja 2023 secara langsung melalui tiga saluran khas di mewatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menyaksikan semua aksi kejohanan secara percuma, atau ikuti sedutan Sukan SEA Kemboja 2023 melalui YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan