Sukan SEA 2023: Pasukan tenis meja lelaki SG benam M'sia 3-0 untuk raih pingat emas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
PHNOM PENH: Singapura mengalahkan Malaysia 3-0 pada Khamis (11 Mei) untuk meraih pingat emas bagi acara tenis meja lelaki berpasukan Sukan SEA ke-32.
Dengan kemenangan tersebut, ini bermakna Singapura berjaya merampas kembali gelaran terakhir yang dimenanginya di gelanggang sendiri semasa Sukan SEA 2015.
Pasukan lelaki membawa pulang pingat perak pada 2017 dan pingat gangsa pada edisi 2021 dan tiada acara berpasukan pada 2019.
Singapura mengalahkan juara bertahan, Thailand 3-0 di peringkat separuh akhir pada Rabu (10 Mei), sementara Malaysia pula menundukkan Vietnam 3-2.
Clarence Chew dari pasukan Singapura menewaskan Leong Chee Feng 8-11, 11-4, 11-9, 11-6, di Dewan Tenis Meja Stadium Nasional Morodok Techo pada Khamis.
Chew menduduki tangga ke-165 dunia.
Dalam acara perseorangan kedua, rakan sepasukannya yang menduduki tangga ke-80 dunia, Koen Pang, berdepan dengan Javen Choong dari Malaysia, yang memenangi set kedua.
Namun, pemain Singapura itu dengan keadaan mencatat kemenangan 11-4, 9-11,11-6,11-8.
Pemain muda, Izaac Quek, melengkapkan kemenangan Singapura setelah beliau menumpaskan Qong Qi Shen 11-9, 12-14, 11-13, 11-9, 11-7.
Pasukan wanita meraih tempat ketiga selepas kalah di tangan juara bertahan, Thailand, 3-0 di peringkat separuh akhir pada Rabu.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA Kemboja 2023 secara langsung melalui tiga saluran khas di mewatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menyaksikan semua aksi kejohanan secara percuma, atau ikuti sedutan Sukan SEA Kemboja 2023 melalui YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.