Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2023: Pasukan regu silat wanita SG rangkul pingat emas bersejarah

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Pasukan regu silat wanita SG rangkul pingat emas bersejarah

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 07 May 2023 05:52PM Dikemas Kini : 07 May 2023 08:18PM

PHNOM PENH: Pasukan silat wanita negara merangkul pingat emas pertama Singapura dalam sukan itu di Sukan SEA ke-32 pada Ahad (7 Mei) sekali gus pingat emas pertama bagi acara seni regu puteri di temasya sukan itu.

Srikandi negara Singapura itu yang terdiri daripada Amirah Sahrin, Iffah Batrisyia Noh dan Nur Ashikin Zulkifli memperoleh 9.955 mata, cukup untuk mengalahkan lawan mereka dari Brunei diwakili Nur Wasiqah Rosihan, Norleyermah Haji Raya and Anisah Abdullah yang meraih 9.925 mata.

Di Sukan SEA sebelum ini di Vietnam, pasukan seni wanita Singapura itu mendapat tempat ketiga. Namun, mereka merupakan juara dunia bertahan dalam acara tersebut.

Kemenangan mereka itu merupakan pingat emas keenam Singapura dalam Sukan di Kemboja, selepas empat pingat emas dirangkul dalam sukan renang dan satu lagi sumbangan Noah Lim dalam acara ju-jitsu pada hari Sabtu (6 Mei).

Pada awal Ahad, juara bertahan Singapura, Iqbal Abdul Rahman gagal mempertahankan mahkotanya dalam acara seni tunggal lelaki selepas ditumpaskan peserta tuan rumah, Soem Sokdevid. Iqbal membawa pulang pingat gangsa.

Turut meraih pingat gangsa ialah Siti Nazurah Yusoff bagi acara seni tunggal wanita. Beliau kalah tipis kepada pesilat Indonesia, Puspa Arum Sari, yang memungut 9.975 mata dalam separuh akhir. Persembahan Nazurah mendapat 9.970 mata.

Ini bermakna skuad Singapura telah merangkul satu emas dan dua gangsa.

Medan pertarungan acara tanding bermula pada 8 Mei.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan