Sukan SEA 2023: Pasukan polo air SG belasah M'sia 14-1; berdepan dengan Indonesia bagi rebut pingat emas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Pasukan polo air lelaki Singapura meraih satu lagi kemenangan di Kemboja.
Ini selepas Singapura membelasah Malaysia 14-1 dalam format "round-robin" itu.
Dalam tempoh masa suku pertama, Singapura bertopi biru menjaringkan empat gol.
Singapura kemudian menambah tiga lagi gol dalam suku kedua untuk terus mendahului 7-1.
Dalam dua suku seterusnya, Singapura menjaringkan tujuh lagi gol untuk pesta gol 14-1.
Singapura bakal menentang juara bertahan Indonesia pada Ahad (14 Mei) dalam perlawanan yang bakal menentukan pingat emas.
Kali terakhir sukan polo air dipertandingkan pada 2019, Singapura kalah kepada Indonesia iaitu kekalahan pertama negara dalam tempoh 50 tahun.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.