Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2023: Pasukan bola sepak M'sia belasah SG 7-0; kekalahan paling teruk sejak 2001

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Pasukan bola sepak M'sia belasah SG 7-0; kekalahan paling teruk sejak 2001

(Gambar: Persatuan Bola Sepak Malaysia)

Diterbitkan : 11 May 2023 09:12PM Dikemas Kini : 11 May 2023 09:15PM
PHONM PENH: Pasukan bola sepak Malaysia membelasah Singapura 7-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka bagi Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada Khamis (11 Mei).

Kekalahan itu adalah yang paling teruk bagi Singapura di Sukan SEA sejak kejohanan itu membariskan pasukan-pasukan bawah usia 22 tahun pada tahun 2001.

Singapura sudahpun tersingkir daripada peringkat kumpulan buat kali kelima berturut-turut di peringkat ini menyusuli keputusan seri tanpa jaringan menentang Laos pada Sabtu (6 Mei).
Malaysia memulakan perlawanan menentang Singapura di tangga ketiga dalam Kumpulan B, satu mata di belakang Vietnam dan tiga mata di belakang Thailand.

Vietnam dan Thailand dijadual akan menentang satu sama lain pada Khamis.

Walaupun Malaysia juga sudah tersingkir daripada pertandingan ini sebelum sepak mula, para pemainnya bermain dengan lebih bersemangat berbanding Singapura.

Pasukan bola sepak Singapura akan pulang ke tanah air dengan hanya satu mata daripada empat perlawanan.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung melalui tiga saluran khas mewatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menyaksikan semua aksi kejohanan secara percuma, atau ikuti sedutan di YouTube Mediacorp Entertainment.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan