Skip to main content

Sukan

Sukan SEA 2023: Lima lagi pingat emas disumbang perenang SG; Mikkel Lee rampas takhta rakan senegara Teong Tzen Wei dalam 50 meter gaya kupu-kupu

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Lima lagi pingat emas disumbang perenang SG; Mikkel Lee rampas takhta rakan senegara Teong Tzen Wei dalam 50 meter gaya kupu-kupu

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 10 May 2023 11:49PM Dikemas Kini : 10 May 2023 11:51PM
PHNOM PENH: Perenang negara Mikkel Lee tidak sabar menantikan gilirannya untuk beraksi selepas menyaksikan rakan sepasukannya mencatat prestasi yang baik.

Lee malah, menampilkan prestasi yang menakjubkan selepas mencatat rekod peribadi terbaiknya dengan menang pingat emas pertamanya bagi acara individu di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Rabu (10 Mei) di Pusat Akuatik Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.

Atlit berusia 20 tahun itu mencatat masa 23.45 saat bagi acara 50 meter gaya kupu-kupu, sekali gus menumpaskan juara bertahan dan rakan sepasukannya Teong Tzen Wei (23.67 saat). Teong bagaimanapun masih memegang rekod acara tersebut (23.04 saat).

Selain itu, Team Singapore menyumbang empat lagi pingat emas di kolam renang pada Rabu, membawa jumlah keseluruhan pingat yang dikumpul menerusi pertandingan selama lima hari itu kepada 19.

Dalam acara 200 meter kuak dada wanita, Letitia Sim berjaya memecahkan rekod untuk kali kedua bagi sukan temasya ini dengan mencatat masa 2:28.49 dan memenangi pingat emas. Masa yang dicatatkan itu juga merupakan rekod negara baru dan terbaik peribadi.

Rakan sepasukan Christie Chue menduduki tempat ketiga dengan catatan 2:32.60.

Quah Ting Wen turut memecah rekod Sukan pada malam yang sama dalam acara 50 meter gaya bebas wanita dengan masa 25.04 saat. Amanda Lim menang perak dengan masa 25.16 saat.

Dua lagipingat emas disumbang pasukan renang berganti-ganti gaya bebas 4x200m wanita yang terdiri daripada Quah, Gan Ching Hwee, Ashley Lim dan Chan Zi Yi dengan catatan masa 8:12.80, serta pasukan berganti-ganti gaya bebas 4x100m lelaki (3:17.35), yang terdiri daripada Lee, Quah Zheng Wen, Darren Chua dan Jonathan Tan.

Dalam acara 200 meter kuak dada lelaki pula, Nicholas Mahabir terlepas peluang untuk merangkul pingat emas pertamanya setelah menamatkan perlumbaan di belakang perenang dari Vietnam, Pham Thanh Bao.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita