Sukan SEA 2023: Elle Koh pertahan takhta acara epee, Samuel Robson raih pingat emas dalam penampilan sulung
Atlit lawan pedang Singapura Elle Koh (kanan) menumpaskan pesaing dari Vietnam Vu Thi Hong 15-10 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar di ibu kota Kemboja pada 13 Mei 2023. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
Elle Koh berjaya mempertahankan takhtanya bagi acara epee perseorangan wanita selepas menumpaskan pesaing dari Vietnam Vu Thi Hong 15-10 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar di ibu kota Kemboja.
Koh yang berusia 15 tahun menewaskan rakan senegaranya, Kiria Tikanah 12-11 di peringkat separuh akhir, dalam ulangan pertarungan pingat emas Sukan SEA ke-31 di Hanoi. Kiria, yang pernah bertanding di Sukan Olimpik Tokyo, menyumbang pingat gangsa bagi Sukan SEA kali ini.
Di peringkat akhir foil lelaki, atlit negara berusia 17 tahun, Samuel Robson berjaya menumpaskan pesaing dari Filipina Sammuel Tranquilan 15-3 dalam penampilan sulungnya di temasya tersebut.
Ini membawa jumlah pungutan pingat bagi sukan lawan pedang kepada lima pingat emas, satu perak dan tiga gangsa setakat ini.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.
Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.