Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2023: Atlit renang sumbang 3 lagi emas

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Perenang Singapura Jonathan Tan menggondol satu lagi pingat emas pada hari kedua pertandingan Sukan SEA di Kemboja.

Lagu kebangsaan Singapura berkumandang selepas Tan mencatat masa 21.95 saat dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki.

Catatan masa itu kurang sedikit daripada rekod Sukan SEA yang dicatatkannya dalam peringkat saringan.
Rakan sepasukan yang juga juara bertahan, Teong Tzen Wei merangkul pingat perak dengan catatan masa 22.50 saat.

Sementara itu, Gan Ching Hwee mempertahankan gelarannya dalam acara 200 meter gaya bebas wanita.

Dia menamatkan perlumbaan dalam masa 2 minit 1.76 saat.

Rakan sepasukan Chan Zi Yi meraih gangsa
dalam masa terbaik peribadi baru 2 minit 2.94 saat.

Satu lagi pingat emas untuk Singapura diraih dalam acara 200 meter rampaian individu wanita, dengan Letitia Sim mencatatkan masa terbaik peribadi baru 2 minit 14.49 saat.

Juara bertahan, Quah Jing Wen terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Dalam pada itu, bintang yang sedang meningkat naik, Nicholas Mahabir terlepas pingat emas
dalam acara 100 meter kuak dada lelaki.

Atlit berusia 17 tahun itu mencatat masa terpantas dalam peringkat saringan, namun masa 1 minit 1.22 saat yang dicatatkan di peringkat akhir memberinya perak,
di belakang Pham Thanh Bao dari Vietnam.

Rakan senegara Maximillian Ang meraih gangsa.

Quah Zheng Wen pula meraih pingat gangsa dalam acara 50 meter kuak lentang.
Sumber : CNA/SU/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan