Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA 2023: Atlit renang Jonathan Tan catat rekod baru negara, layak bertanding di Olimpik

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Atlit renang Jonathan Tan catat rekod baru negara, layak bertanding di Olimpik

Jonathan Tan mencatat rekod peribadi pada 7 Mei 2023. (Gambar: SNOC/Andy Chua)

PHNOM PENH: Atlit renang negara Jonathan Tan memenuhi keperluan "A" Olimpik selepas memecahkan rekod negara dalam peringkat saringan 50 meter (m) gaya bebas pada Ahad (7 Mei).

Tan berjaya menamatkan acara dalam masa 21.91 saat (s) iaitu rekod baru Sukan SEA dan rekod peribadi beliau. Masa kelayakan "A" Olimpik adalah 21.96s.

Rakan sepasukannya, Teong Tzen Wei, yang juga juara bertahan acara itu, menduduki tempat kedua dengan mencatat masa 22.62s.

Mereka akan bersaing dalam peringkat akhir malam ini dalam perlumbaan yang dijangka sengit.

Masa yang dicatatkan Tan itu adalah rekod peribadi keduanya semasa Sukan itu. Dalam acara gaya bebas lelaki 100m pada Sabtu, beliau mengatasi Quah Zheng Wen untuk menang pingat emas dengan masa 48.80s.

Zheng Wen mencatat masa 48.99s bagi rekod peribadinya.

Bercakap kepada wartawan selepas perlumbaan Tan pada Sabtu, ketua jurulatih negara Gary Tan memuji atlit berusia 21 tahun itu, yang disifatkannya sebagai seorang "peran contoh".

"Dia menunjukkan prestasi hebat dengan cuba mengimbangi perkhidmatan negara (tentera) serta sukan renang... untuk mencapai apa yang dapat diraihnya hari ini dan memecah rekod peribadi, ia sangat hebat," kata Tan.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.


 
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan