Skip to main content

Sukan

Sukan SEA 2023: Ang Chen Xiang terlepas pingat emas acara lari 110 meter lompat pagar dengan perbezaan 0.002 saat

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA 2023: Ang Chen Xiang terlepas pingat emas acara lari 110 meter lompat pagar dengan perbezaan 0.002 saat

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 10 May 2023 06:44PM Dikemas Kini : 10 May 2023 06:56PM
PHNOM PENH: Atlit lari 110 meter lompat pagar Singapura, Ang Chen Xiang terlepas pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) dengan perbezaan masa yang amat kecil, 0.002 saat pada Rabu (10 Mei).

Dalam rakaman gambar dramatik bagi pusingan akhir acara itu, Ang menamatkan perlumbaan dalam masa 13.834 saat, di belakang atlit dari Thailand Natthaphon Dansungnoen, yang mencatat masa 13.832 saat.

Pingat gangsa milik John Cristopher Cabang Tolentino dari Filipina, dengan catatan masa 13.855 saat.

Kali terakhir Singapura menang pingat emas acara tersebut adalah pada 1967 menerusi atlit Osman Merican.

Ang juga menang pingat perak dalam Sukan SEA sebelumnya, setelah menamatkan perlumbaannya di belakang atlit dari Filipina Clinton Bautista, yang mendapat tempat keempat pada Rabu.

Masa yang dicatat Ang bagi acara itu memecahkan rekodnya selama 13.89 saat.

Pingat emas pertama Singapura bagi Sukan SEA dimenangi pada Isnin (8 Mei) menerusi pelari pecut Shanti Pereira dalam peringkat akhir acara 200 meter wanita.
 
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita