Skip to main content

Sukan

SUKAN PARA ASIA 2026: Perenang Toh Wei Soong tamatkan saingan dengan 2 perak, 3 gangsa

Perenang Toh Wei Soong meraih satu lagi pingat pada Jumaat (23 Okt), sekali gus menamatkan kempen Sukan Para Asia 2026 dengan dua pingat perak dan tiga gangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN PARA ASIA 2026: Perenang Toh Wei Soong tamatkan saingan dengan 2 perak, 3 gangsa

Toh Wei Soong di Sukan Para Asia 2026. (Gambar: SNPC/Goh Si Wei)

Diterbitkan : 23 Oct 2026 07:28PM
ASIAN PARA GAMES 2026: Swimmer Toh Wei Soong ends campaign with two silver and three bronze medals
  • Singapore swimmer Toh Wei Soong won silver in the men’s 50m S7 freestyle at Nagoya City General Gymnasium on Friday, 23 October 2026, with a time of 29.22 seconds.
  • China’s Zhang Yilong won gold and Uzbekistan’s Sardor Bakhtiyorov took bronze; Toh ended the Games with two silver and three bronze medals, without a gold for the first time since 2014.
  • Toh had won the event at the previous two editions and held the Games record in 2023, but Zhang posted a faster qualifying time before the race.
  • Singapore had collected five silver and five bronze medals with one day of competition remaining, while Aloysius Gan and Nurulasyiqah Mohd Taha will be vying for gold in the BC3 mixed pairs final on Saturday.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Perenang Toh Wei Soong meraih satu lagi pingat pada Jumaat (23 Okt), sekali gus menamatkan kempen Sukan Para Asia 2026 dengan dua pingat perak dan tiga gangsa.

Di Gimnasium Umum Nagoya City, juara bertahan berusia 28 tahun itu mencatatkan masa 29.22 saat untuk meraih pingat perak dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki S7.

Zhang Yilong dari China merangkul pingat emas dengan catatan masa 28.85 saat, manakala Sardor Bakhtiyorov dari Uzbekistan meraih gangsa dengan catatan masa 29.72 saat.

Toh memenangi acara tersebut dalam dua edisi Sukan Para Asia sebelum ini dan mencipta rekod bagi temasya tersebut pada 2023 dengan catatan masa 28.81 saat. Bagaimanapun, Zhang mencatatkan masa kelayakan yang lebih pantas daripada rekod Toh menjelang perlumbaan pada Jumaat.

Dengan pencapaian terbaharunya itu, perenang Singapura tersebut kini sudah mengumpulkan 12 pingat sepanjang penyertaannya dalam Sukan Para Asia.

Buat pertama kalinya sejak penampilan sulungnya pada 2014, Toh menamatkan kempen Sukan Para Asia tanpa sebarang pingat emas.

Pada edisi sebelumnya di Hangzhou, Toh memenangi acara 50 meter kuak kupu-kupu S7, 50 meter gaya bebas S7 dan 100 meter kuak lentang S7, selain meraih pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas S7. Toh turut memenangi dua pingat emas dan satu gangsa pada temasya 2018.

Kontinjen Singapura kini sudah mengumpulkan lima pingat perak dan lima gangsa dalam temasya tersebut, dengan satu hari pertandingan masih berbaki.

Atlet boccia Aloysius Gan dan Nurulasyiqah Mohd Taha akan berusaha untuk menamatkan penantian pingat emas negara pada Sabtu apabila mereka beraksi dalam perlawanan akhir acara beregu campuran BC3.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita