SUKAN PARA ASIA 2026: Pemanah SG Nur Syahidah Alim raih pingat perak
Pemanah Nur Syahidah Alim meraih pingat perak dalam pusingan akhir kompaun para bagi wanita di Sukan Para Asia 2026 pada Khamis (22 Okt).
Nur Syahidah Alim di Sukan Para Asia 2026. (Gambar: SNPC/Lau Lup Yun)
- Nur Syahidah Alim won silver in the women’s para compound event at the 2026 Asian Para Games at Okazaki Chuo Sogo Multipurpose Plaza on Thursday, 22 October.
- The 41-year-old Singaporean archer narrowly lost 139-142 to India’s Sheetal Devi, repeating her silver-medal result in Hangzhou after losing to the same opponent.
- On her way to the final, Syahidah defeated Zhanat Aitimova, compatriot Aizada Seidan and Xu Xueping; she is Singapore’s first female archer at the Paralympics and the country’s first para world champion.
- Syahidah made her Paralympic debut in 2016 and has competed three times; with two days remaining, Singapore’s contingent had won three silver and five bronze medals.
- Nur Syahidah Alim meraih perak acara kompaun para wanita Sukan Para Asia 2026 di Dataran Serbaguna Taman Okazaki Chuo Sogo pada Khamis, 22 Oktober.
- Pemanah Singapura berusia 41 tahun itu kalah tipis 139-142 kepada Sheetal Devi dari India, mengulangi keputusan perak Hangzhou selepas tewas kepada lawan yang sama.
- Dalam perjalanan ke final, Syahidah menewaskan Zhanat Aitimova, rakan senegara Aizada Seidan dan Xu Xueping; beliau ialah pemanah wanita pertama Singapura di Paralimpik dan juara dunia para pertama negara itu.
- Syahidah membuat penampilan Paralimpik pada 2016 dan sudah bertanding tiga kali; dengan dua hari berbaki, kontinjen Singapura mengumpul tiga perak serta lima gangsa.
Dalam perlawanan untuk merebut pingat emas di Dataran Serbaguna Taman Okazaki Chuo Sogo, atlet berusia 41 tahun itu kalah tipis 139-142 kepada Sheetal Devi dari India.
Ini bermakna wakil Singapura tersebut menyamai pencapaiannya pada edisi lalu di Hangzhou, China, apabila beliau meraih pingat perak selepas kecundang kepada lawan yang sama.
Syahidah merupakan pemanah wanita pertama yang mewakili Singapura di Sukan Paralimpik. Beliau membuat penampilan sulungnya di Rio pada 2016.
Atlet yang sudah tiga kali menyertai Sukan Paralimpik itu kemudian mencipta sejarah sebagai juara dunia pertama Singapura dalam Kejohanan Para Memanah Dunia tiga tahun kemudian.
Syahidah mengalahkan Zhanat Aitimova dari Kazakhstan 143-139 dalam pusingan 16 terbaik, sebelum mengatasi rakan senegaranya, Aizada Seidan, dengan keputusan 143-139 pada suku akhir.
Kemenangan tipis 145-144 ke atas Xu Xueping dari China dalam pusingan separuh akhir memastikan Syahidah mara ke perlawanan untuk merebut pingat emas.
Kontinjen Singapura kini sudah meraih tiga pingat perak dan lima gangsa di temasya tersebut, dengan baki dua hari pertandingan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.