Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Olimpik Paris: Prestasi atlet SG pada hari kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Olimpik Paris: Prestasi atlet SG pada hari kedua

Letitia Sim beraksi dalam acara 100 meter kuak dada wanita Sukan Olimpik Paris. (Gambar: Oli Scarff/AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2024 10:46PM Dikemas Kini : 28 Jul 2024 10:48PM
PARIS: Perenang Singapura yang membuat penampilan sulungnya dalam Sukan Olimpik, Letitia Sim, gagal mara ke peringkat suku akhir acara 100 meter kuak dada wanita.

Atlet berusia 21 tahun itu yang beraksi di lorong kedua, mencatatkan masa 1 minit 7.75 saat. Ini sesaat lebih daripada rekod negara yang dipegang Letitia.
Terry Hee dan Jessica Tan menentang Huang Dongping dan Feng Yanzhe dari China. (Gambar: David Gray/AFP)
Di gelanggang badminton, perjalanan Olimpik Paris berakhir bagi Terry Hee dan Jessica Tan selepas kalah 21-13 dan 21-17 kepada Huang Dongping dan Feng Yanzhe dari China, dalam acara beregu campuran.

Pasangan suami isteri itu bakal beraksi dalam perlawanan acara beregu terakhir mereka esok (29 Jul), menentang pemain Amerika, Vinson Chiu dan Jennie Gai.
(Gambar: Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura/Facebook)
Dalam sukan mendayung pula, peserta Singapura Saiyidah Aisyah, gagal ke suku akhir, selepas menduduki tempat ketiga dalam acara scull perseorangan.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan