Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris saksikan rekod jualan lebih 12 juta tiket

Presiden Perancis Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 Tony Estanguet menyampaikan ucapan semasa upacara penutup Paralimpik 2024 pada Ahad (8 Sep) di Paris, Perancis. (Gambar: Michel Euler/AP)
Kedua-dua set nombor akhir mewakili kira-kira 95 peratus tiket telah dijual. Temasya sukan itu berjaya dalam semua aspek, kata Ketua Jawatankuasa itu Tony Estanguet dalam satu sidang akhbar di Saint-Denis, di luar Paris.
Upacara pembukaan pertama di luar stadium dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas berjalan tanpa masalah besar selepas sejumlah besar pegawai polis dan tentera dikerahkan di jalanan.
Encik Estanguet juga menegaskan bahawa acara triatlon telah diatur dengan baik walaupun jadual terpaksa diubah disebabkan oleh mutu air Sungai Seine yang merosot.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.