Skip to main content

Sukan

SUKAN OLIMPIK BELIA 2026: Ng Zhe Nin raih emas bersejarah dalam wushu, emas pertama SG sejak 2014

Atlet wushu Singapura, Ng Zhe Nin, mencipta sejarah apabila meraih pingat emas dalam acara gabungan taijiquan wanita di Sukan Olimpik Belia Dakar 2026 di Senegal pada Selasa (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN OLIMPIK BELIA 2026: Ng Zhe Nin raih emas bersejarah dalam wushu, emas pertama SG sejak 2014

Atlet wushu Singapura, Ng Zhe Nin, mempersembahkan rutin taijishan dalam final acara gabungan taijiquan wanita di Sukan Olimpik Belia Dakar 2026 pada Selasa (3 Nov 2026). (Gambar: ActiveSG Circle/OIS/Remi Vallat)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 12:54PM
2026 Youth Olympic Games: Ng Zhe Nin wins historic wushu gold, Singapore’s first gold since 2014
  • Singaporean wushu athlete Ng Zhe Nin, 16, won the women’s taijiquan combined event at the Dakar Youth Olympic Games on 3 November 2026.
  • At the Dakar Exhibition Centre, she scored 18.713 points with her taijishan and taijiquan routines, beating Chu Yu-en of Chinese Taipei and Mia Zhou of Germany.
  • The win was Singapore’s first medal at the Games and the first gold credited to the country since 2014; the mixed-team gold in 2018 was not counted in the official medal tally.
  • Ng trains twice a day after taking up wushu at the age of 10, and has won medals at world youth championships. Singapore sent 14 athletes in nine sports to the Games, which run from 31 October to 13 November.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Atlet wushu Singapura, Ng Zhe Nin, mencipta sejarah apabila meraih pingat emas dalam acara gabungan taijiquan wanita di Sukan Olimpik Belia Dakar 2026 di Senegal pada Selasa (3 Nov).

Kemenangan atlet berusia 16 tahun itu merupakan pingat pertama Singapura pada temasya kali ini, selain emas pertama yang dikreditkan kepada negara dalam Sukan Olimpik Belia Musim Panas sejak 2014.

Ng mengumpul 18.713 mata dalam final yang berlangsung di Pusat Ekspo Dakar, sekali gus muncul juara dalam penampilan sulung wushu sebagai acara yang menawarkan pingat dalam program Olimpik.

Beliau mendahului saingan dalam rutin taijishan dengan 9.353 mata, sebelum sekali lagi mencatatkan markah tertinggi sebanyak 9.360 mata dalam rutin taijiquan.

Atlet Chinese Taipei, Chu Yu-en, meraih perak dengan 18.499 mata, manakala Mia Zhou dari Jerman memperoleh gangsa dengan 18.482 mata.

Ng melahirkan rasa gembira dan lega selepas meraih kemenangan tersebut, sambil berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang perjalanan sebagai atlet.

LATIHAN INTENSIF BUAHKAN HASIL

Ng, yang mula mempelajari wushu pada usia 10 tahun, menjalani latihan 2 kali sehari sebagai persiapan menghadapi temasya tersebut.

Beliau berkata sebahagian besar masanya dihabiskan di pusat latihan, termasuk makan dan berehat di sana.

Ng sebelum ini meraih emas dan perak dalam Kejohanan Wushu Remaja Dunia 2024.

Pada edisi tahun ini di Tianjin, China, beliau turut memenangi 2 emas dan 1 perak.

EMAS PERTAMA SG SEJAK 2014

Kemenangan Ng menamatkan penantian 12 tahun Singapura untuk meraih pingat emas yang dikreditkan kepada negara dalam Sukan Olimpik Belia Musim Panas.

Kali terakhir Singapura meraih emas ialah pada temasya 2014 di Nanjing, China, menerusi pelayar Samantha Yom dan Bernie Chin dalam acara masing-masing.

Pada temasya 2018 di Buenos Aires, Argentina, gimnas Singapura Tamara Ong turut memenangi emas sebagai anggota pasukan campuran yang terdiri daripada atlet beberapa negara.

Bagaimanapun, pingat tersebut tidak dikira dalam pungutan pingat rasmi Singapura.

Singapura menghantar 14 atlet untuk bertanding dalam 9 jenis sukan pada temasya Dakar 2026, yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 13 November.

Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita