Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: S'pura tempah peringkat akhir tenis meja lelaki selepas benam England

Pasukan tiga pemain muda dari Singapura, Izaac Quek (16 tahun), Koen Pang (20 tahun) dan Clarence Chew (26 tahun) memaparkan semangat kental untuk meraih kemenangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel: S'pura tempah peringkat akhir tenis meja lelaki selepas benam England

Clarence Chew pada 31 Jul 2022. (Gambar: Commonwealth Games Singapore/Andy Chua)

SINGAPURA: Pasukan tenis meja lelaki Singapura menempah tempat ke peringkat akhir yang sekali gus menjamin pingat Sukan Komanwel selepas mengalahkan England 3-2 di Birmingham pada Isnin (1 Ogos) malam waktu tempatan.

Berdepan pihak lawan yang berpengalaman, para pemain muda dari Singapura Izaac Quek (16), Koen Pang (20) dan Clarence Chew (26) memaparkan semangat kental untuk meraih kemenangan.

Gandingan Quek dan Pang memastikan Singapura mendahului permainan dalam perlawanan tersebut, di mana mereka menewaskan Sam Walker dan Liam Pitchford 11-9, 11-7, 11-7.

Namun pemain nombor 74 dunia, Paul Drinkhall memberi persaingan hebat apabila beliau menumpaskan Chew 3-1 yang menduduki tangga ke-133 dunia (11-8, 9-11, 11-4, 12-10).

Pang, yang memulakan permainan dengan cemerlang, kemudian memberi kejutan kepada pemain nombor 20 dunia, Pitchford untuk membantu Singapura mendahului 2-1.
Pemain nombor 117 di dunia itu kemudian meneruskan perlawanan dengan keputusan 11-7, 9-11, 11-8, 11-9.

Sekali lagi, Drinkhall menyelamatkan maruah England dengan mengalahkan Quek 11-7, 11-5, 11-4.

Chew kemudian berjaya mengalahkan Walker 3-1 (11-6, 11-5, 7-11,11-7).

Singapura akan berdepan sama ada dengan India atau Nigeria di peringkat akhir.

Pada edisi lalu temasya sukan itu, Singapura kalah 0-3 dalam perlawanan bagi merebut pingat gangsa semasa menentang England.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan