Sukan Komanwel: Shanti Pereira gagal layakkan diri ke peringkat akhir 100m
Shanti Pereira mendapat tempat ketujuh dalam perlumbaan separuh akhir.
Anggaran Waktu Membaca:

Pelari pecut Singapura Shanti Pereira di Sukan Komanwel 2022 pada 3 Ogos 2022. (Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)
SINGAPURA: Pelari pecut Shanti Pereira gagal melayakkan diri ke peringkat akhir 100 meter (m) di Sukan Komanwel selepas mencatat masa 11.57 saat di peringkat separuh akhir pada Rabu (3 Ogos).
Masa Pereira lambat sedikit berbanding rekod negara, 11.48 saat, yang dicatatkan beliau pada Selasa semasa peringkat saringan.
Pereira mendapat tempat ketujuh dalam perlumbaan itu, yang dimenangi Julien Alfred dari St Lucia, dengan masa 11.04 saat.
Dua pelari terpantas daripada tiga peringkat separuh akhir serta dua pelari terpantas selanjutnya dari kesemua perlumbaan membentuk peringkat akhir acara 100m wanita.
Peringkat akhir pada Rabu dimenangi Elaine Thompson-Herah dari Jamaica, yang menamatkan lariannya dalam 10.95 saat.
Awal tahun ini, Pereira mencatat masa 11.62 saat bagi merangkul pingat perak dalam acara yang sama di Sukan Asia Tenggara ke-31. Beliau juga menggondol pingat emas dalam acara 200m wanita, sekali gus menempah rekod baru negara dengan masa 23.52 saat.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.