Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Komanwel: Peserta S'pura kuasai tenis meja perseorangan wanita

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel: Peserta S'pura kuasai tenis meja perseorangan wanita

(Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore; Bradley Collyer/PA via AP)

SINGAPURA: Singapura dijamin pingat emas kedua di Sukan Komanwel selepas Feng Tianwei dan Zeng Jian memenangi perlawanan masing-masing pada separuh akhir perseorangan wanita tenis meja pada Sabtu (6 Ogos).

Kedua-duanya diasak kuat oleh lawan mereka, dengan Zeng terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua perlawanan untuk menumpaskan pemain Australia Liu Yangzi, 4-2 (11-7, 11-7, 10-12, 4-11, 6-11, 9-11).

Feng pula mengalahkan pemain India Sreeja Akula 4-3 (11-6, 8-11, 6-11, 11-9, 11-8, 8-11, 12-10).

Perlawanan akhir perseorangan wanita akan berlangsung pada Ahad.

Dalam suku akhir perseorangan lelaki pula, Izaac Quek Yong terpaksa tunduk kepada pemain India Sharath Kamal Achanta 4-0 (11-6, 11-7, 11-4, 11-7). Achanta adalah sebahagian daripada pasukan India yang menumpaskan pasukan tenis meja lelaki Singapura pada perlawanan akhir pada Selasa.

Singapura telah memungut lima pingat setakat ini di Sukan Komanwel 2022, dengan satu emas, tiga perak dan satu gangsa.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan