Sukan Komanwel: Pemain badminton negara Terry Hee, atlit angkat berat Nur'Aini dipilih pembawa bendera kontinjen Singapura

Nur'Aini Mohamad Yasli. (Gambar-gambar: Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura/Facebook)
SINGAPURA: Pemain badminton negara dan srikandi angkat berat para Nur’Aini Mohamad Yasli mendapat penghormatan sebagai pembawa bendera Singapura di temasya Sukan Komanwel Birmingham, England yang akan berlangsung kurang tiga minggu lagi.
Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Eric Chua menyampaikan bendera Singapura
kepada Chef de Mission Lim Heem Wei, dan dua pembawa bendera tersebut pada Khamis (7 Jul).
Majlis itu diadakan di Suruhanjaya Tinggi Britain.
67 atlit akan mewakili Singapura dalam sembilan acara sukan pada temasya di Birmingham yang bermula 28 Julai ini.
"Saya rasa amat berbesar hati dan teruja untuk mewakili Singapura, kata Terry Hee.
"Ini merupakan Sukan Komanwel ketiga saya dan mudah-mudahan dalam temasya kali ini saya boleh melakukan yang terbaik, dan semoga Pasukan Singapura mendapat lebih banyak pingat."
Atlit para angkat berat 'powerlifting' Nur’Aini mencipta sejarah sebagai yang pertama dari Singapura untuk bertanding dalam Paralimpik Tokyo 2021.
Nur'Aini mencatat prestasi memberangsangkan apabila berjaya menduduki tempat keenam selepas berjaya mengangkat 77 kilogram.
Di Temasya Komanwel Birmingham, pasukan Singapura bakal bertanding dalam acara gusti buat kali pertama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.