Sukan Komanwel: Pasukan tenis meja lelaki S'pura rangkul pingat perak selepas ditumpas India
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Andy Chua/Sukan Komanwel Singapura
SINGAPURA: Singapura memenangi pingat perak di Sukan Komanwel selepas India menewaskannya 3-1, untuk mempertahankan gelaran juaranya, dalam peringkat akhir pasukan tenis meja lelaki pada Selasa (2 Ogos).
Di NEC di Birmingham, England, Izaac Quek Yong dan Koen Pang Yew En memimpin pasukan Singapura untuk menentang pihak lawan dari India, Harmeet Desai dan Sathiyan Gnanasekaran, dalam perlawanan beregu, namun ditumpaskan 3-0 (11-13, 7-11, 5-11).
Clarence Chew Zhe Yu kemudian menyamakan kedudukan buat Singapura selepas mengalahkan Sharath Kamal Achanta 3-1 (11-7, 12-14, 11-3, 11-9) dalam perlawanan perseorangannya.
Pang berusaha meletakkan Singapura di hadapan dalam perlawanan perseorangannya menentang Gnanasekaran, namun pemain dari India itu terbukti terlalu hebat dan Pang terpaksa tunduk kepada kekalahan 3-1 (10-12, 11-7, 7-11, 4-11).
Chew kemudian cuba mengulangi kemenangan awalnya tetapi dia tidak dapat mengubah keadaan dan akhirnya kecundang 0-3 (8-11, 5-11, 6-11) ke tangan Desai dari India dalam perlawanan perseorangan mereka.
England, yang ditewaskan Singapura dalam perlawanan separuh akhir sehari sebelumnya, menumpaskan Nigeria 3-0 untuk membawa pulang pingat gangsa.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/FZ/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.