Sukan Komanwel 2026: Toh Wei Soong raih perak bagi acara 50m gaya bebas lelaki S7
Anggaran Waktu Membaca:
Toh Wei Soong. (Gambar: TeamSG/Lim Wenxiang)
SINGAPURA: Perenang para negara, Toh Wei Soong, meraih pingat perak dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki S7 di Sukan Komanwel Glasgow pada Rabu (29 Jul).
Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam pusingan akhir yang berlangsung di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross dengan catatan masa 29.36 saat.
Pingat tersebut merupakan pingat kedua Singapura pada temasya kali ini, sehari selepas gimnas Amanda Yap menghadiahkan pingat pertama negara menerusi pingat perak dalam acara palang imbangan wanita.
Toh sebelum itu menamatkan saingan di tempat kedua dalam satu-satunya pusingan saringan bagi acara tersebut pada Rabu, dengan catatan masa 29.44 saat.
Pingat itu juga merupakan pingat ketiga Toh dalam acara berkenaan di Sukan Komanwel. Beliau sebelum ini memenangi pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan pingat gangsa di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Sokong Team Singapore di Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung dari 24 Julai hingga 2 Ogos. Saksikan semua aksi secara langsung atau 'on-demand' di mewatch. Ikuti Mediacorp Sports di YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook untuk perkembangan serta kandungan terkini.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.