Skip to main content

Sukan

Sukan Komanwel 2026: Shanti Pereira duduki tempat ke-8 dalam pusingan akhir 200m

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Komanwel 2026: Shanti Pereira duduki tempat ke-8 dalam pusingan akhir 200m

Gambar fail Shanti Pereira semasa perlumbaan 200m wanita di Sukan Komanwel Glasgow 2026 (Gambar: SpexSG/Andy Chua)

Diterbitkan : 01 Aug 2026 06:36AM Dikemas Kini : 01 Aug 2026 11:36AM
SINGAPURA: Shanti Pereira menamatkan saingan di tempat kelapan dalam penampilan sulungnya di peringkat akhir acara 200 meter Sukan Komanwel pada Jumaat (31 Jul).

Di Stadium Scotstoun di Glasgow, pelari pecut Singapura itu mencatat masa 23.21 saat. Adaejah Hodge dari Virgin Islands Britain memenangi pingat emas dengan catatan 22.07 saat, manakala Shaniqua Bascombe dari Trinidad dan Tobago meraih perak (22.35 saat) dan Alana Reid dari Jamaica memenangi gangsa (22.56 saat).

Pada Khamis (30 Jul), atlet berusia 29 tahun itu mencipta sejarah apabila menjadi warga Singapura pertama layak ke pusingan akhir individu acara pecut di temasya sukan tersebut.

Beliau mencatat masa terbaik musim ini, 22.81 saat, dalam separuh akhir sekali gus melayakkan diri sebagai peserta kelapan terpantas keseluruhan.

Rekod negara Shanti bagi acara 200 meter ialah 22.57 saat, yang dicatatkan semasa Kejohanan Dunia 2023. Beliau juga merupakan juara bertahan Sukan Asia bagi acara itu.

Awal minggu ini, Shanti layak ke separuh akhir acara 100 meter di Sukan Komanwel Glasgow dengan catatan masa 11.24 saat, yang juga catatan terpantasnya musim ini bagi acara tersebut. Ia hanya 0.04 saat di belakang rekod negaranya 11.20 saat, yang dicatatkan semasa Kejohanan Olahraga Asia 2023.

Di Sukan Komanwel 2022, Shanti memecahkan rekod negara bagi acara 100 meter dan 200 meter serta layak ke separuh akhir bagi kedua-dua acara tersebut.

Sokong Team Singapore di Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung dari 24 Julai hingga 2 Ogos. Saksikan semua aksi secara langsung atau 'on-demand' di mewatch. Ikuti Mediacorp Sports di YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook untuk perkembangan serta kandungan terkini.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita