Sukan Asia: S'pura dijangka raih sekurang-kurangnya gangsa bagi sepak takraw; berdepan M'sia di separuh akhir
Skuad sepak takraw lelaki Malaysia akan bertemu Singapura pada perlawanan peringkat separuh akhir acara antara regu dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada petang ini (27 Ogos).
PALEMBANG: Skuad sepak takraw lelaki Malaysia akan bertemu Singapura pada perlawanan peringkat separuh akhir acara antara regu dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada petang ini (27 Ogos).
Malaysia muncul juara Kumpulan B setelah mencatat kemenangan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.
Anak buah jurulatih Abdul Talib Ahmad mudah menewaskan China 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang pagi tadi.
Sebelum ini Malaysia menewaskan India 2-0, menang ke atas Korea Selatan 2-0 serta turut mencatat kemenangan selesa mengatasi Nepal juga dengan 2-0 dalam peringkat kumpulan.
Singapura pula muncul naib juara Kumpulan A selepas mencatat dua kemenangan, masing-masing ke atas Pakistan dan Filipina manakala tewas kepada pasukan tuan rumah, Indonesia yang menjadi juara kumpulan berkenaan.
Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya bagi mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.