Skip to main content

Sukan

Sukan Asia: Roanne Ho raih pingat perak dalam acara 50m kuak dada wanita

Perenang Singapura Roanne Ho berjaya merangkul pingat perak dalam Sukan Asia, sekali gus mencatat rekod kebangsaan dengan masa 31.23 saat bagi acara 50 meter kuak dada wanita. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Aug 2018 11:13PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 11:21PM

JAKARTA: Perenang Singapura Roanne Ho berjaya merangkul pingat perak dalam Sukan Asia, sekali gus mencatat rekod kebangsaan dengan masa 31.23 saat bagi acara 50 meter kuak dada wanita.

Pingat emas dimenangi perenang Jepun, Satomi Suzuki dengan masa 30.83 saat manakala China membawa pulang pingat gangsa menerusi Feng Junyang.

Kemenangan Ho merupakan satu kejutan kerana beliau menduduki tempat keenam semasa peringkat saringan pada pagi Khamis (23 Ogos), mencatat masa 31.59s.

Ia merupakan pencapaian yang menakjubkan bagi Ho, lebih-lebih lagi kerana beliau mengalami masalah paru-paru yang serius pada Januari 2016. Ia memaksanya berhenti berlatih untuk beberapa bulan.

Kemenangannya juga memberi pasukan perenang wanita Singapura pingat pertama mereka di Jakarta. 

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita