Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan Asia: Pasukan lelaki 'contract bridge' S'pura raih pingat emas

Pasukan lelaki 'contract bridge' Singapura mencatat sejarah pada Isnin (27 Ogos) dengan meraih pingat emas dalam acara itu, mengalahkan pasukan Hong Kong 107-52 di peringkat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Pasukan lelaki 'contract bridge' S'pura raih pingat emas

Pasukan 'contract bridge' Singapura. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 10:51PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:53PM

JAKARTA: Pasukan lelaki 'contract bridge' Singapura mencatat sejarah pada Isnin (27 Ogos) dengan meraih pingat emas dalam acara itu, mengalahkan pasukan Hong Kong 107-52 di peringkat akhir.

Pasukan yang terdiri daripada Poon Hua, Loo Choon Chou, Zhang Yukun, Fong Kien Hoong, Desmond Oh dan Kelvin Ong menewaskan pasukan Hong Kong 36-25 bagi segmen pertama dan 73-35 bagi segmen kedua.

Sebelum ini, pasukan Singapura itu menewaskan pasukan Indonesia 166-93.67 di peringkat separuh akhir pada Ahad (26 Ogos).

Ini merupakan kali pertama acara 'contract bridge' ditampilkan di Sukan Asia.

Acara 'contract bridge' pernah ditampilkan di Sukan SEA 2011, yang juga diadakan di Indonesia, di mana Singapura merangkul satu pingat emas, lima pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Setakat ini, Singapura sudah meraih tiga pingat emas, empat pingat perak dan 10 pingat gangsa di Sukan Asia. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan