Skip to main content

Sukan

Sukan Asia: Iran tewaskan S'pura dalam perlawanan pembukaan polo air

Singapura kalah dalam aksi pembukaan sukan polo air di Sukan Asia. Singapura tewas di tangan Iran 5-11.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Iran tewaskan S'pura dalam perlawanan pembukaan polo air

Iran kalahkan Singapura dalam aksi pembukaan sukan polo air di Sukan Asia. (Gambar: Persekutuan Renang Singapura/ Facebook)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 09:14PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 09:20PM

JAKARTA: Singapura kalah dalam aksi pembukaan sukan polo air di Sukan Asia. Singapura tewas di tangan Iran 5-11.

Perlawanan pada mulanya amat sengit sehinggalah saat akhir suku pertama. Ketinggalan 2-0, Singapura bangkit semula untuk mendahului 3-2.

Namun jentera serangan Iran kemudian memulakan asakan sehingga berjaya menghasilkan enam lagi gol. Malah dua pemain Iran meraih gol "hat-trick".

Kemenangan ini meletakkan Iran di tangga teratas kumpulan bersama juara bertahan Kazakhstan. Kazakhstan menang 16-9 ke atas Korea Selatan.

Singapura bakal bertemu Kazakhstan lusa (27 Ogos).

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita