Sukan Asia Hangzhou labuhkan tirai dengan persembahan gilang gemilang

(Gambar: AFP/Jade Gao)
HANGZHOU: Di temasya sukan di mana China selaku tuan rumah bersungguh-sungguh menganjurkan acara baik di dalam mahupun di luar gelanggang, maka tidak hairanlah apabila Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya dengan gilang gemilang pada Ahad (8 Okt).
Di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou yang dipenuhi penonton, acara penutup itu cukup menyentuh hati, dengan menggunakan teknologi sebagai penghormatan kepada tuan rumah dan mereka yang terlibat dalam temasya tersebut.
Sukan Asia Hangzhou, yang ditangguhkan setahun disebabkan langkah-langkah diambil China untuk memerangi pandemik COVID-19, menyaksikan kira-kira 12,000 atlit dari 45 negara bertanding dalam 40 sukan.
Di hadapan individu ternama seperti Perdana Menteri China, Li Qiang, acara dimulakan dengan lagu kebangsaan, diikuti dengan video yang menunjukkan landskap Hangzhou yang indah.
Para penghibur dan maskot Sukan Asia menjadi tumpuan utama di "padang digital" stadium, yang dipancarkan dengan gabungan tompok-tompok kecil dipancarkan pada padang bola tersebut.

Perenang Olimpik dan maraton Chantal Liew merupakan pembawa bendera Singapura di acara tersebut. Tidak lama kemudian, beliau diikuti atlit dan pegawai dari pasukan renang artistik, renang maraton, renang berirama. Turut hadir juga chef de mission Dr Koh Koon Teck serta beberapa kakitangan sokongan.
Singapura merangkul tiga pingat emas, enam pingat perak dan tujuh pingat gangsa di Sukan Asia dan menduduki tempat ke-20 dalam tangga pingat.
Edisi Sukan Asia seterusnya akan diadakan di wilayah Jepun, Aichi, dan ibu kotanya Nagoya pada 2026.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.