Skip to main content

Sukan

Sukan Asia: Atlit sukan layar SG raih 2 perak, 1 gangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Atlit sukan layar SG raih 2 perak, 1 gangsa

Gambar fail Justin Liu (kiri) dan Denise Lim (kanan) (Gambar: International Sailing Federation)

HANGZHOU: Isaac Goh, Keira Carlyle serta pasangan Justin Liu dan Denise Lim berjaya menggondol pingat sulung Singapura bagi
sukan layar di Sukan Asia, yang berlangsung di Hangzhou pada Selasa (26 Feb).

Goh, pemegang pingat emas di Sukan Asia Tenggara awal tahun ini, menduduki tempat kedua dalam acara ILCA4 lelaki selepas sebelas perlumbaan. Acara tersebut dijuarai atlit dari Thailand Weka Bhanubandh sementara atlit dari Malaysia meraih pingat gangsa.

Liu dan Lim merangkul pingat perak dalam acara campuran Nacra 17, dengan Zhao Huancheng dan Wang Saibo dari negara tuan rumah China memenangi pingat emas manakala Teerapong Watiboonruang dan Siriwimon Harintachat dari Thailand merangkul pingat gangsa.

Liu merupakan juara bertahan Sukan Asia untuk dua tahun berturut-turut. Beliau berganding dengan Sherman Cheng untuk memenangi acara 420 lelaki pada 2006, dan mengulangi kejayaan tersebut di Asiad pada 2010. Ini merupakan penampilan sulung Lim di sukan temasya tersebut.
Atlit sukan layar Singapura Justin Liu (kiri) dan Denise Lim (kanan) (Gambar: nternational Sailing Federation)
Dalam acara ILCA4 wanita, Carlyle memenangi pusingan akhir beliau dan perlumbaan kesebelas untuk merangkul pingat gangsa. Acara tersebut dimenangi oleh atlit dari Thailand Noppassorn Khunboonjan dan pingat perak pula diraih atlit dari India Neha Thakur.

Di edisi Sukan Asia sebelumnya pada 2018, kontinjen sukan layar Singapura berjaya memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa. Team Singapore pula secara keseluruhannya, berjaya meraih pungutan empat emas, empat perak dan 14 gangsa bagi edisi tersebut.

Sebilangan lagi atlit negara sukan layar termasuk juara dunia sukan luncur air 'kite foil'
Maximilian Maeder dijangka membuat penampilan untuk memburu pingat bagi Singapura menjelang hari terakhir pertandingan itu pada Rabu.

Pingat pertama Singapura di Sukan Asia 2023 diraih menerusi pencapaian atlit wushu Kimberly Ong, yang memenangi pingat gangsa pada Isnin dalam acara changquan wanita.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita