Skip to main content

Sukan

Sukan Asia: Atlit sukan layar S'pura pertahan pingat emas

Atlit sukan layar Singapura 49erFX, Cecilia Low dan Kimberly Lim berjaya merangkul pingat emas sukan layar yang pertama bagi Singapura di Sukan Asia 2018 pada Rabu (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia: Atlit sukan layar S'pura pertahan pingat emas

Atlit sukan layar Singapura 49erFX, Cecilia Low dan Kimberly Lim. (Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 10:35PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 10:40PM

JAKARTA: Atlit sukan layar Singapura 49erFX, Cecilia Low dan Kimberly Lim berjaya merangkul pingat emas sukan layar yang pertama bagi Singapura di Sukan Asia 2018 pada Rabu (29 Ogos).

Di akhir hari kelima pertandingan tersebut, kedua-dua atlit tersebut menduduki tempat pertama daripada lima kumpulan, kerana muncul juara bagi kesemua 14 perlumbaan sejauh ini.

Pada petang Rabu (29 Ogos), Lim dan Low meraih 11 mata, jurang mata yang besar berbanding peserta sengit mereka, atlit-atlit India, Gautham Varsha dan Shervegar Sweta, yang mempunyai 30 mata.

Jurang mata tersebut memberi pasukan Singapura peluang menduduki tempat pertama dengan lebih satu lagi hari perlumbaan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita