Skip to main content

Sukan

SUKAN ASIA 2026: Shanti Pereira raih perak 100m wanita

Ratu pecut Singapura Shanti Pereira meraih pingat perak acara 100m wanita di Sukan Asia 2026 pada Jumaat (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN ASIA 2026: Shanti Pereira raih perak 100m wanita

Shanti Pereira beraksi dalam separuh akhir acara 100m wanita di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya pada 25 September 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 25 Sep 2026 09:57PM
NAGOYA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira meraih pingat perak acara 100m wanita di Sukan Asia 2026 pada Jumaat (25 Sep).

Beraksi di Stadium Olahraga Taman Mizuho Nagoya City, Pereira mencatat masa 11.21 saat untuk menduduki tempat kedua.

Catatan itu hanya 0.01 saat di belakang rekod nasionalnya.

Pelari China Chen Yujie memenangi pingat emas dengan catatan 11.06 saat, sekali gus mencipta rekod baharu Sukan Asia.

Edidiong Odiong dari Bahrain meraih gangsa dengan catatan 11.33 saat.

PERAK KEDUA BERTURUT-TURUT

Ini merupakan pingat perak kedua berturut-turut Pereira dalam acara 100m wanita di Sukan Asia.

Beliau turut meraih perak dalam acara sama pada edisi lalu di Hangzhou.

Pereira, 30 tahun, mara ke pusingan akhir pada Jumaat sebagai pelari terpantas selepas mencatat masa 11.28 saat dalam separuh akhir.

Beliau seterusnya akan mempertahankan gelaran acara 200m wanita, dengan saingan bermula pada Sabtu (26 Sep).

Pereira merupakan juara bertahan acara itu selepas memenangi emas di Hangzhou.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita