Skip to main content

Sukan

SUKAN ASIA 2026: Shannon Tan mendahului saingan golf dengan kelebihan 2 pukulan

Pemain golf Singapura Shannon Tan mencatat 64 pukulan, enam di bawah par, pada Khamis (1 Okt) untuk mendahului acara individu wanita Sukan Asia 2026 dengan kelebihan dua pukulan selepas pusingan kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN ASIA 2026: Shannon Tan mendahului saingan golf dengan kelebihan 2 pukulan

Shannon Tan di Sukan Asia ke-20. (Gambar fail: SpexSG/Andy Chua)

Diterbitkan : 01 Oct 2026 01:49PM
ASIAN GAMES 2026: Shannon Tan leads the golf competition by two strokes
  • Singapore's Shannon Tan led the women's individual golf event at the 2026 Asian Games in Nagoya after carding a 64 in Thursday's second round.
  • She is now two strokes ahead of India's Pranavi Sharath Urs, although three late bogeys reduced her lead.
  • Singapore is also chasing a women's team medal, just one stroke behind China after two rounds with a total of 269.
  • Tan's performance continues her momentum after becoming Singapore's first female golfer to qualify for the Olympics in 2024, winning two LET titles in 2025 and regularly finishing tournaments in the top 10.
Dijana oleh AI
NAGOYA: Pemain golf Singapura Shannon Tan mencatat 64 pukulan, enam di bawah par, pada Khamis (1 Okt) untuk mendahului acara individu wanita Sukan Asia 2026 dengan kelebihan dua pukulan selepas pusingan kedua.

Pemain berusia 22 tahun tersebut, yang mencatat 63 pukulan atau tujuh di bawah par pada pusingan pertama Rabu, kini mendahului pemain India Pranavi Sharath Urs dengan dua pusingan berbaki di East Course, Kasugai Country Club.

Rakan sepasukan Tan, Chen Xingtong, pula kini berkongsi kedudukan ke-19.

Tan, yang memulakan permainan dari lubang ke-10, membuka pusingan dengan cemerlang apabila mencatat enam 'birdie'. Beliau kemudian menambah tiga lagi 'birdie' pada sembilan lubang berikutnya. Namun, tiga 'bogey' pada penghujung permainan menyebabkan kelebihannya berkurangan kepada dua pukulan, berbanding tiga pukulan selepas pusingan pertama.

Belum pernah ada pemain Singapura yang memenangi pingat dalam acara golf individu di Sukan Asia.

ACARA BERPASUKAN

Singapura turut berada dalam persaingan untuk merebut pingat bagi acara berpasukan wanita. Pasukan negara kini hanya ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu China, dengan jumlah 269 pukulan selepas dua pusingan.

Dalam setiap pusingan 18 lubang, hanya dua keputusan terbaik daripada setiap pasukan diambil kira. Pasukan yang mencatat jumlah pukulan paling rendah selepas 72 lubang akan muncul sebagai juara.

Pada 2024, Tan menjadi pemain golf Singapura pertama beraksi di Sukan Olimpik. Beliau meneruskan prestasi cemerlang pada 2025 dengan memenangi dua kejohanan Jelajah Eropah Wanita (LET) serta menduduki tempat pertama dalam Order of Merit LET.

Musim ini, beliau sudah menamatkan kejohanan LET dalam kelompok 10 terbaik sebanyak lima kali.

Ini termasuk berkongsi tempat keenam dalam Terbuka Britain Wanita pada awal Ogos dan menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan PIF London seminggu kemudian.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita