Skip to main content

Sukan

Sukan Asia 2026: Korea Selatan timbang mansuh pengecualian khidmat tentera bagi atlet, artis

Korea Selatan sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan atau memansuhkan pengecualian khidmat tentera bagi atlet dan artis, menyusuli kontroversi melibatkan beberapa pemain bola sepak negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia 2026: Korea Selatan timbang mansuh pengecualian khidmat tentera bagi atlet, artis

Pemain bola sepak Korea Selatan Yang Min-hyeok mencetuskan kecaman selepas berkata tumpuan utamanya adalah mendapatkan pengecualian khidmat tentera. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 07 Oct 2026 09:36AM
Asian Games 2026: South Korea considers abolishing army service exemptions for athletes, artistes
  • South Korea is considering restricting or abolishing alternative army service for athletes and artistes under a defence reform framework.
  • The move followed criticism of the national football players, who were said to be more focused on securing army exemptions than on winning Asian Games gold in Aichi-Nagoya.
  • South Korea's men's team beat Japan 1-0 on Oct 3, making 20 of the 23 players eligible for alternative service.
  • The Ministry of Defence will assess fairness, the shrinking pool of people eligible to serve and public opinion, while calling for respect for army personnel.
Dijana oleh AI
SEOUL: Korea Selatan sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan atau memansuhkan pengecualian khidmat tentera bagi atlet dan artis, menyusuli kontroversi melibatkan beberapa pemain bola sepak negara itu.

Kontroversi tercetus selepas beberapa pemain secara terbuka menyatakan bahawa tumpuan utama mereka pada Sukan Asia Aichi-Nagoya adalah untuk mendapatkan pengecualian khidmat tentera, bukannya memenangi pingat emas.

"Pada akhirnya, kami merancang untuk mengurangkan atau memansuhkan perkhidmatan gantian, termasuk yang disediakan untuk artis dan atlet, dan memasukkannya dalam rangka asas pembaharuan pertahanan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Chung Binna pada Selasa (6 Okt).

Menurut Chung, kementerian akan mengambil kira beberapa faktor, termasuk soal keadilan terhadap mereka yang diwajibkan menjalani khidmat tentera, penyusutan jumlah individu yang layak berkhidmat serta pandangan masyarakat.

20 PEMAIN LAYAK JALANI PERKHIDMATAN GANTIAN

Pasukan bola sepak lelaki Korea Selatan meraih pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya pada Sabtu (3 Okt) selepas menewaskan Jepun 1-0.

Kemenangan itu membolehkan 20 daripada 23 pemain pasukan tersebut layak menjalani perkhidmatan gantian.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan menjalani khidmat tentera selama 18 hingga 21 bulan di bawah sistem kerahan tenaga wajib.

Namun, atlet dan artis yang mencapai kejayaan tertentu dalam pertandingan atau acara yang ditetapkan pemerintah boleh menjalani perkhidmatan gantian.

Mereka perlu menjalani latihan asas selama tiga minggu dan melakukan khidmat masyarakat selama 544 jam dalam tempoh 34 bulan.

KENYATAAN PEMAIN CETUS KECAMAN

Selepas perlawanan akhir pada Sabtu (3 Okt), pemain Korea Selatan Yang Min-hyeok mencetuskan kecaman apabila berkata dalam satu wawancara bahawa tumpuannya adalah untuk mendapatkan pengecualian khidmat tentera, bukan memenangi pingat atau trofi.

Seorang lagi pemain, Park Seung-soo, turut memuat naik gambar dirinya memakai topi yang lazimnya dipakai mereka yang sudah menamatkan khidmat tentera wajib.

"Dari perspektif Kementerian Pertahanan, kami amat kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh sesetengah individu dalam industri sukan," kata Chung.

Beliau menambah kementerian berharap pengorbanan anggota tentera dan pasukan simpanan dihormati serta budaya yang mengiktiraf nilai khidmat tentera dapat dipupuk dalam masyarakat.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita