Skip to main content

Sukan

SUKAN ASIA 2026: Atlet sukan layar SG tamatkan kempen dengan 3 perak, 1 gangsa

Pasukan sukan layar Singapura menamatkan kempen Sukan Asia 2026 dengan tiga pingat perak dan satu gangsa selepas menambah dua lagi pingat pada Sabtu (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN ASIA 2026: Atlet sukan layar SG tamatkan kempen dengan 3 perak, 1 gangsa

Ian Goh (kiri) dan John Wong bersama pingat masing-masing selepas beraksi di Sukan Asia 2026. (Gambar: SNOC/Lim Weixiang)

Diterbitkan : 03 Oct 2026 10:41PM
Asian Games 2026: Singapore sailing athletes end campaign with 3 silvers, 1 bronze
  • Singapore's sailing team closed out its Asian Games 2026 campaign in Nagoya with three silvers and one bronze, after adding two more medals on Saturday, Oct 3.
  • At Kaiyoh Yacht Harbour, Ian Goh took silver in the men's ILCA 4 after finishing level on points with Choi Jiun, but losing on the countback for race wins.
  • John Wong delivered bronze in the men's windsurfing event, while Jania Ang, Nigel Tan and Sean Kum won silver a day earlier in their respective events.
  • All the medals came from debutants, but the result means Singapore failed to win an Asian Games sailing gold for the first time in 24 years.
Dijana oleh AI
NAGOYA: Pasukan sukan layar Singapura menamatkan kempen Sukan Asia 2026 dengan tiga pingat perak dan satu gangsa selepas menambah dua lagi pingat pada Sabtu (3 Okt).

Kesemua empat pingat tersebut diraih atlet yang membuat penampilan sulung di temasya itu.

Di Kaiyoh Yacht Harbour, Ian Goh meraih pingat perak dalam acara ILCA 4 lelaki selepas mengumpulkan 25 mata bersih daripada 12 perlumbaan.

Goh terikat dari segi mata dengan Choi Jiun dari Korea Selatan, namun terlepas pingat emas kerana kekurangan satu kemenangan perlumbaan berbanding pencabarnya.

Tiago Salgado dari Hong Kong meraih pingat gangsa.

Pada edisi Sukan Asia lalu, abang Ian, Isaac Goh, turut memenangi pingat perak dalam acara sama.

JOHN WONG RAIH GANGSA

Dalam acara luncur angin lelaki, John Wong meraih pingat gangsa, yang juga merupakan pingat gangsa pertama pasukan sukan layar Singapura pada temasya kali ini.

Wong Tsz Ho dari Hong Kong memenangi pingat emas manakala Masato Kozono dari Jepun membawa pulang perak.

Sehari sebelumnya, Jania Ang meraih pingat perak dalam acara ILCA 6 wanita, manakala Nigel Tan dan Sean Kum turut menduduki tempat kedua dalam acara 29er lelaki.

Kedua-dua pingat itu merupakan pencapaian penampilan sulung mereka di Sukan Asia.

Dengan keputusan tersebut, Singapura menamatkan kempen sukan layar dengan tiga pingat perak dan satu gangsa.

Ia juga merupakan kali pertama dalam tempoh 24 tahun pasukan sukan layar Singapura menamatkan Sukan Asia tanpa memenangi pingat emas.

Pada edisi lalu di Hangzhou, pasukan sukan layar Singapura membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Pingat emas ketika itu dimenangi Maximilian Maeder dalam acara formula kite lelaki dan Ryan Lo dalam acara ILCA 7 lelaki. Lo merupakan juara bertahan Sukan Asia dalam acara tersebut.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita