Sukan Asia 2018 labuhkan tirai hari ini
Upacara penutup Sukan Asia 2018 berlangsung hari ini (2 Sep) di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
JAKARTA: Upacara penutup Sukan Asia 2018 berlangsung hari ini (2 Sep) di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
Upacara gilang-gemilang itu akan turut menampilkan ramai penyanyi terkenal Indonesia seperti Isyana Sarasvati, iKon, Ran, Denada, GIGI dan Dira Sugandi.
Sepanjang dua minggu lalu, lebih 10,000 atlit dari 45 negara menampilkan persembahan terbaik mereka bagi merebut 1,552 pingat termasuk 465 pingat emas.
Para atlit dari 37 negara berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat.
China berjaya muncul lagi sebagai juara keseluruhan temasya sukan ini.
Negara tuan rumah, Indonesia pula menunjukkan prestasi jauh lebih baik kali ini dan berjaya menduduki tempat keempat.
Ia meraih 31 pingat emas berbanding hanya empat emas dan berada di tempat ke-17 semasa kejohanan di Korea Selatan yang lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.