Sukan Asia 2018: Gagal raih pingat, namun perenang muda S'pura pamer prestasi hebat pada hari pertama
Team Singapore menamatkan hari pertama pertandingan di kolam renang Sukan Asia 2018 tanpa memungut sebarang pingat
Team Singapore. (Gambar: Amir Yusof)
JAKARTA: Team Singapore menamatkan hari pertama pertandingan di kolam renang Sukan Asia 2018 tanpa memungut sebarang pingat. Namun bakat-bakat muda Singapura memperlihatkan prestasi yang hebat di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta malam semalam (19 Ogos).
Pasukan wanita terlepas peluang meraih pingat dalam acara gaya bebas 4X100m setelah menduduki tempat keempat di peringkat akhir, di belakang China, Jepun dan Hong Kong.
Sungguhpun demikian, pasukan negara yang terdiri daripada Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Cherlyn Yeoh dan Christie Chue mencatat masa 3:44.21s untuk memecahkan rekod kebangsaan bagi acara tersebut dengan 0.17s lebih pantas.
Jing Wen and Christie, kedua-duanya berusia 18 tahun dan Cherlyn 17 tahun bertanding buat pertama kali di temasya Sukan Asia.
Rekod kebangsaan lalu adalah 3:44.38s yang disandang oleh pasangan adik-beradik Quah, Amanda Lim dan Natasha Ong semasa bertanding di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Perenang veteran Ting Wen, 26 tahun, dan Lim, 25 tahun, adalah sebahagian daripada pasukan yang mencatat masa 3:52.63s di edisi Sukan Asia di Incheon.
Sementara itu, seorang lagi muka baru Gan Ching Hwee turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi gaya bebas wanita 1,500m semalam.
Gan 15 tahun mencatat masa 16:39.70s untuk menduduki tempat kelima di peringkat akhir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.