Skip to main content

Sukan

Sukan aquathlon sumbang pingat pertama SG di Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Atlit aquathlon perseorangan lelaki, Bryce Chong menghadiahkan pingat pertama Singapura di Sukan SEA ke-32 di Kemboja selepas meraih gangsa pada pagi Sabtu (6 Mei).

Atlit negara itu menamatkan acara renang dan lari tersebut dalam masa 15:40.5.

Seorang lagi peserta Singapura, Luke Chua, menduduk tempat keempat.

Pingat emas acara itu dimenangi Rashif Amila Yaqin dari Indonesia manakala pingat perak milik peserta Filipina.

Dalam persaingan perseorangan wanita, Kathlyn Yeo mencatatkan masa 18.17.7 untuk menduduki tempat keenam, manakala Herlene Natasha Yu menduduki tempat ke-10.

Pasukan Singapura menampilkan 558 atlit dalam 30 sukan di temasya itu. Kemboja juga akan menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN ke-12 dengan 26 atlit mewakili Singapura dalam enam sukan.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita