Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Steve Bruce sah bimbing Newcastle United

Newcastle United pada Rabu (17/7) mengumumkan pelantikan Steve Bruce sebagai ketua jurulatih baru bagi menggantikan Rafael Benitez yang meninggalkan kelab Liga Perdana England itu sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Steve Bruce sah bimbing Newcastle United

Steve Bruce. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 10:03PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:07PM

NEWCASTLE: Newcastle United pada Rabu (17/7) mengumumkan pelantikan Steve Bruce sebagai ketua jurulatih baru bagi menggantikan Rafael Benitez yang meninggalkan kelab Liga Perdana England itu sebelum ini.

"Newcastle United mengumumkan bahawa Steve Bruce telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru kelab ini," ujarnya dalam laman web kelab berkenaan.

Bekas pemain Manchester United itu mengikat kontrak selama tiga tahun. Jurulatih berusia 58 tahun itu, yang membesar di Tyneside pernah menjadi jurulatih Sunderland, seteru utama Newcastle.

"Saya senang dan sangat bangga dilantik sebagai ketua jurulatih Newcastle United," ujar Bruce, yang mengundurkan diri dari Sheffield Wednesday sebelum bergabung dengan kelab barunya.

"Ini kelab masa kecil saya dan kelab ayah saya, jadi ini detik yang sangat istimewa untuk saya dan keluarga saya."

Pengarah urusan Newcastle, Lee Charnley berkata kelab tersebut amat gembira dapat melantik Bruce, yang dianggap jurulatih dengan "pengalaman dan rangkaian hubungan yang luas."

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan