Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

StarHub umum pelan harga pakej EPL; bermula pada S$19.99 bagi tempahan awal

StarHub pada Rabu (8 Jun) mengumumkan perincian harga bagi pakej penyiaran Liga Perdana England (EPL), yang bermula pada harga S$19.99 untuk pelanggan yang membuat tempahan awal.

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub umum pelan harga pakej EPL; bermula pada S$19.99 bagi tempahan awal

Pemain Manchester City, Fernandinho menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada 23 Mei 2021. (Gambar: AFP/Peter Powell)

SINGAPURA: StarHub pada Rabu (8 Jun) mengumumkan perincian harga bagi pakej penyiaran Liga Perdana England (EPL), yang bermula pada harga S$19.99 untuk pelanggan yang membuat tempahan awal.

Telko tersebut memperkenalkan Premier+, iaitu khidmat 'over-the-top' yang akan menyiarkan perlawanan-perlawanan EPL bermula dengan musim 2022-23.

Khidmat media 'over-the-top' atau OTT adalah jenis yang ditawarkan secara langsung melalui Internet, sekali gus memintas platform tradisional seperti kabel atau satelit.

Harga bulanan S$19.99 itu disediakan dengan pelan pasca bayar mudah alih, jalur lebar atau televisyen. Ini disediakan kepada kedua-dua pelanggan baru dan sedia ada StarHub dan bagi 25,000 pelanggan pertama yang mendaftar antara 9 Jun dengan 30 Jun.

Harga biasa bagi pelan sedemikian adalah S$24.99 sebulan.

Dengan hanya melanggan pakej Premier+ tanpa sebarang pelan StarHub pelanggan perlu membayar S$34.99 sebulan semasa tempoh promosi. Harga biasa ialah S$39.99.

Sebagai perbandingan, Singtel, yang sudah hilang hak penyiaran bagi EPL selepas 12 tahun, meletakkan harga S$49.90 bagi khidmat penstriman serupa, Cast.

Ini adalah kali pertama perlawanan-perlawanan EPL ditawarkan tanpa kontrak kepada pelanggan-pelanggan StarHub, menurut telko itu. Setiap langganan akan memberi akses kepada Premier+ dari lima alat berdaftar, dengan dua penstriman dapat dijalankan secara serentak.

Pada bulan Februari, StarHub menandatangani kerjasama eksklusif dengan EPL bagi menyiarkan perlawanan-perlawanannya bagi enam tahun akan datang mulai musim akan datang.

Pada waktu itu, telko tersebut menyatakan ia akan melancarkan "akses terbuka, tangkas dan fleksibel kepada semua pelanggan" dan menjadikan perlawanan-perlawanan EPL "lebih mudah diakses dan berpatutan bagi rakyat Singapura, dalam tawaran StarHub TV+, mudah alih dan jalur lebar".

StarHub juga akan menyiarkan perlawanan-perlawanan di saluran-saluran khas HubPremier, dengan perlawanan-perlawanan tertentu ditayangkan dalam Definisi Tinggi (HD) Ultra 4K.

Para pelanggan IPTV telko itu boleh melanggan Pek Premier untuk menonton perlawanan-perlawanan tersebut bermula bulan Julai pada S$64.90 sebulan.

"Perlawanan-perlawanan EPL adalah, paling jelas sekali, program sukan siaran langsung yang paling ditonton di Singapura," kata ketua kumpulan perniagaan pelanggan StarHub Johan Buse.

"Sebagai rakan kerja eksklusif EPL di Singapura, kami di sini untuk menyemarakkan minat ini, dengan mengembalikan semula perlawanan ini kepada semua harga yang lebih rendah."

Antara ciri-ciri baru yang akan dilancarkan bagi liputan EPL StarHub adalah stiatistik perlawanan siaran langsung, laman kelab yang boleh direka khas dan "kisah-kisah perlawanan yang akan memaparkan detik-detik penting.

Singtel TV, yang sebelum ini memiliki hak penyiaran EPL, akan menyediakan perlawanan-perlawanan tersebut kepada para pelanggannya melalui aturan khas rentas kabel.

Perincian bagi aturan itu dijangka dikongsikan bulan ini, menurut laman Singtel.

Para pengendali televisyen berbayar di Singapura yang memegang sebarang kandungan eksklusif yang diperlukan di bawah Langkah Rentas Kabel untuk menyediakan kandungan itu bagi penyiaran oleh semua pengendali televisyen berbayar yang layak.

Dilaksanakan pada Ogos 2011, langkah itu menyatakan kandungannya mesti disiarkan sepenuhnya dan ditawarkan kepada pelanggan pada harga yang sama seperti penonton pengendali tv berbayar yang sama-sama layak untuk melangganinya.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan